awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fintech kunci pertumbuhan kewangan Islam - Gabenor BNM

Nurulhana Ismail
Nurulhana Ismail
11/05/2016
08:54 MYT
Fintech kunci pertumbuhan kewangan Islam - Gabenor BNM
Gabenor bank pusat, Datuk Muhammad Ibrahim berkata teknologi kewangan (fintech) bakal menjadi fasa pertumbuhan seterusnya kewangan Islam Malaysia dan global. - Gambar fail
Teknologi kewangan (fintech) bakal menjadi fasa pertumbuhan seterusnya kewangan Islam di negara ini dan global.
Menurut Gabenor bank pusat, Datuk Muhammad Ibrahim, Malaysia perlu segera mengukuhkan fintech dalam kewangan Islam agar ia kekal relevan.
Jika gagal, menurutnya, sistem perbankan berisiko kerugian antara 10 hingga 40 peratus hasil menjelang 2025.
Menurut Muhammad, penggunaan fintech dalam kewangan Islam mewujudkan perbankan yang lebih bertanggungjawab, terangkum dan mapan.
"Dalam kewangan Islam, fintech berpotensi menjadi pembolehubah dalam sistem kewangan. Ia menawarkan peluang kepada pemain industri untuk mentransformasi model operasi dengan menggunakan strategi digital yang membolehkan keberkesanan perkhidmatan kewangan pada skala dan kepakaran yang lebih tinggi," kata beliau dalam ucaptama Forum Kewangan Islam Global 5.0 (GIFF 5.0) di ibu negara pada Rabu.
Pada Februari lepas katanya, Malaysia telah membangunkan Platform Akaun Pelaburan (IAP), platform pengantaraan perbankan Islam berasakan internet pertama negara.
"Ia menggabungkan kepakaran perbankan Islam serta kecekapan teknologi untuk menyalurkan dana pelabur kepada sektor ekonomi. Ia menawarkan perkongsian risiko dalam transaksi kewangan dengan menyediakan platform musyarakah dan mudharabah yang berasakan pelaburan ekuiti," ujar beliau.
Menurut laporan terkini yang dikeluarkan McKinsey, bilangan syarikat start-up fintech telah mencecah 2,000 di peringkat global. Angka itu meningkat dua kali ganda berbanding bilangannya pada 2015.
Pertumbuhan fintech dijangka tumbuh pesat dengan lebih banyak pengguna generasi kini yang lebih cenderung menggunakan perkhidmatan kewangan baharu.
Kajian yang dikeluarkan agensi penyelidikan internet China, Tencent juga menyatakan perkhidmatan kewangan konvensional berdepan risiko tinggi untuk digugat sebanyak 61 peratus menjelang 2020.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Datuk Muhammad Ibrahim
#fintech
#GIFF 5.0
#Global Islamic Financial 5.0
#IAP
#Investment Accoutnt Platform
#kewangan Islam
#McKinsey
#TenCent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan