Firefly lancar jualan akhir tahun

Bernama
November 20, 2012 02:49 MYT
Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, telah melancarkan jualan akhir tahun (Y.E.S) dengan diskaun sebanyak 20 peratus untuk para penumpang yang mahu berjimat untuk rancangan perjalanannya
tahun depan.
Dalam satu kenyataan hari Isnin, syarikat penerbangan itu berkata diskaun itu boleh digunakan di semua destinasi Firefly, untuk semua penerbangan, termasuk hujung minggu, cuti sekolah dan pengembaraan masa puncak, mulai 8 Jan hingga 30 Jun, 2012.
Tempoh tempahan dibuka sehingga 25 Nov, 2013. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata inilah kali pertama syarikat penerbangan itu menawarkan jualan dalam bentuk ini dan dengan tempoh
pengembaraan yang panjang.
"Apa yang membuatkan Y.E.S berbeza dengan tawaran tambang rendah yang lain ialah penumpang yang memutuskan bila dan ke mana mereka hendak pergi kerana diskaun itu boleh digunakan untuk semua destinasi dan semua tarikh dalam tempoh perjalanan itu.
"Dengan tawaran tambang yang rendah, penumpang perlu terbang pada tarikh yang mempunyai tempat duduk tambang rendah.
"Selain daripada itu, pertumbuhan ketara Fireflylah yang menyaksikan pengenalan destinasi baharu dan tiga laluan baharu, membolehkan kami menawarkan promosi menarik ini di keseluruhan laluan kami," tambah beliau.
#Firefly Sdn Bhd