SINGAPURA: Firefly, unit milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini menyambung semula operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Seletar di sini yang digantung sejak Mac 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19.
Penerbangan FY3124 berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan tiba dengan 64 penumpang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See dan delegasi yang mengiringi beliau pada pagi ini.
Penerbangan sulung Firefly ke Seletar adalah pada April 2019.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, See berkata beliau berharap permintaan akan meningkat dan beransur-ansur kembali semula ke paras seperti sebelum pandemik.
Syarikat penerbangan itu yang menggunakan enam pesawat ATR, enjin berkembar turboprop terbang setiap hari ke Singapura sebelum ini, dan menawarkan penerbangan dua kali sehari buat masa ini.
"Kami akan melihat kepada prestasi semasa penerbangan dua kali sehari ini terlebih dahulu sebelum memutuskan garis masa yang jelas. Jika permintaan meningkat, kali akan melakukan secara berperingkat dua kali dan kemudiannya empat kali dan enam kali," katanya.
Mengenai unjuran penumpang sehingga akhir tahun ini, See berharap ia boleh mencecah 60,000 hingga 70, 000 apabila kekerapan penerbangan ditambah.
Menurutnya sebelum COVID-19, dengan jumlah enam penerbangan sehari muatan penumpang adalah kira-kira 50 peratus hingga 60 peratus.
Sementara itu apabila ditanya sama ada Firefly akan menawarkan penerbangan ATR bagi laluan Pulau Pinang-Seletar, beliau berkata tidak buat masa ini kerana pesawat itu tidak mempunyai kapasiti dan jarak untuk terbang di laluan itu dan perlu melakukannya menerusi Lapangan Terbang Changi.
"Kami akan menilainya. Kami belum mengesahkan apa-apa lagi. Kami perlu melakukan penilaian pasaran. Ia perlu dilakukan dari Changi kerana Seletar hanya menerima operasi penerbangan turboprop dan turboprop tidak mempunyai kapasiti atau jarak untuk menawarkan laluan Pulau Pinang-Singapura.
"Susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa, kami perlu membuat keutamaan laluan dan pasaran mana yang akan difokuskan," katanya.
See berkata Firefly tidak akan menyambung semula penerbangan antarabangsa ke destinasi lain dalam tempoh 12 bulan akan datang atau berkembang ke destinasi baharu.
"Kami akan menumpu untuk menjayakan laluan Subang-Seletar. Menambah muatan dan kuantiti kerana pasaran tersebut adalah besar. Kami mahu menumpukan kepada itu buat masa ini," katanya.
Ditanya mengenai kekangan tenaga kerja dalam industri penerbangan, beliau berkata buat masa ini Firefly tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar.
"Reka bentuk lapangan terbang (Subang dan Seletar) adalah sangat mudah. Kami tidak berdepan dengan kerumitan seperti mana yang mungkin anda lihat di hab transit utama seperti KLIA atau Changi di Singapura.
Bagaimanapun, katanya, syarikat penerbangan itu akan melihat perkembangan operasinya setiap hari.
"Persekitraan di sini sangat tidak menentu, bukan hanya di Singapura tetapi di seluruh rantau ini. Jadi kami akan memantaunya dengan sangat berhati-hati," katanya.
Firefly mengendalikan pesawat turboprops ATR 72-500, menghubungkan ke pelbagai destinasi di Segi Tiga Pertumbuhan Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Sumatera, sambil menyelaras dengan agenda Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Syarikat penerbangan itu melancarkan operasi baharu dengan pesawat Boeing 737-800s dari Pulau Pinang menghubungkan ke wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Syarikat penerbangan itu yang menggunakan enam pesawat ATR, enjin berkembar turboprop terbang setiap hari ke Singapura sebelum ini, dan menawarkan penerbangan dua kali sehari buat masa ini. - Bernama
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.
Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing
Firefly menyambung semula penerbangan hariannya di antara Pulau Pinang dan Medan menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang baru diubah suai dengan 189 tempat duduk.
Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.
45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.
Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching
Firefly melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching bermula hari ini.
Firefly mulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang 11 April ini
Pelanggan boleh mendapatkan tambang serendah RM69 sehala dengan penerbangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800.
Baucar penerbangan, jimat bajet percutian
Ini peluang anda dapatkan baucar diskaun penerbangan dan melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara!
Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang murah percutian ke Langkawi
MAG berkata pelanggan yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dapat memulakan percutian mereka dengan tambang Economy Lite Malaysia Airlines serendah RM89.
SOP ketat tetap dilaksanakan walaupun penerbangan bertambah
Prosedur operasi standard (SOP) ketat tetap dilaksanakan walaupun terdapat pertambahan dalam penerbangan domestik.
Singapore Airlines, Malaysia Airlines meterai MoU untuk tingkat kerjasama
Pengukuhan itu mungkin meliputi peluasan perkongsian kod penerbangan melepasi laluan Singapura-Malaysia, serta penambahbaikan program kekerapan penerbangan.