awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 ditarik balik - Fahmi Fadzil
NRES diarah beri penjelasan '3 kampung Indonesia kini jadi wilayah Malaysia' - Fahmi Fadzil
10 ajaran sesat dikesan aktif di Malaysia - KP Jakim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firma kajian semak turun unjuran KDNK 2015

Najib Aroff
Najib Aroff
11/08/2015
15:49 MYT
Firma kajian semak turun unjuran KDNK 2015
RHB Research memotong unjuran KDNK tahun penuh 2015 pada sekitar 4.5 peratus hingga 4.8 peratus.
RHB Research meramalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2015 lebih perlahan pada 4.6 peratus berbanding 5.6 peratus suku pertama 2015 susulan pertumbuhan indeks pengeluaran perindustriAN (IPI) Jun yang lemah pada 4.3 peratus.
Firma itu juga memotong unjuran KDNK tahun penuh 2015 pada sekitar 4.5 peratus hingga 4.8 peratus berbanding unjuran awal 5 peratus sebelum ini.
Angka itu jauh lebih rendah berbanding KDNK 2014 pada 6 peratus.
Penurunan unjuran disumbang sentimen pengguna yang rendah dan perniagaan yang sidang menyelaras penggunaan, susulan kesan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Selain itu pelaburan minyak dan gas yang perlahan akibat kejatuhan lebih 50 peratus harga minyak selain perbelanjaan perlahan kerajaan dijangka menyaksikan permintaan domestik lebih perlahan.
Sementara itu firma penyelidikan Alliance DBS Research menjangkakan KDNK suku kedua berada pada 4.8 peratus disumbang penyederhanaan sektor pembuatan.
Firma itu turut menyemak semula unjura KDNK tahun penuh kepada 4.7 peratus berbanding unjuran 5 peratus sebelum ini.
Menurut nota kajian bank berkenaan masih wujud risiko kelemahan dalam pengeluaran perindustrian termasuk subsektor utama seperti perlombongan dan pembuatan.
Selain itu kelemahan harga minyak mentah di bawah 50 dolar setong akan terus memberi tekanan kepada sektor perlombongan sekaligus menjejaskan indeks perindustrian.
Topic Berkaitan
#GST
#IPI
#KDNK
#pertumbuhan indeks
#RHB Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan