Pakar industri perbankan, Brett King, meramalkan syarikat-syarikat teknologi akan mengatasi bank tradisional untuk menjadi institusi kewangan terbesar dunia menjelang 2025.
"Menjelang 2025, bank terbesar di dunia bukanlah mana-mana bank hari ini, tetapi syarikat-syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan kewangan yang bersepadu dalam kehidupan rakyat," kata King, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Moven, perkhidmatan perbankan mudah alih berpangkalan di New York.
Beliau berkata pada tahun lepas, gerbang pembayaran elektronik China - Alipay - telah memproses pembayaran sebanyak US$17 bilion (US$1 = RM4.28) melalui telefon bimbit dalam sehari semasa "Singles' Day' pada 11 Nov yang diadakan setiap tahun.
"Kira-kira 96,000 urus niaga dikendalikan sesaat pada hari itu, lebih daripada dua kali ganda gabungan urus niaga yang dibuat oleh MasterCard dan UnionPay," katanya.
"Apa yang menarik ialah, Alipay merupakan platform pembayaran dalam talian dan bukan bank tradisional," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
King berkata ramai menjangka jumlah dagangan urus niaga mudah alih China akan mencecah kira-kira US$3.5 trilion pada 2017, daripada US$2.9 trilion yang dicatatkan pada 2016, berikutan peningkatan pengguna telefon bimbit.
Oleh itu, syarikat teknologi akan menjadi pesaing masa depan bagi bank tradisional kerana perubahan pesat tingkah laku pelanggan, katanya.
Mengenai tips bagi kelangsungan daya tahan bank-bank fizikal pada masa akan datang, King berkata bank-bank boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi untuk memanfaatkan teknologi kewangan terkini syarikat tersebut.
"Tidak perlu membina teknologi mereka sendiri tetapi menjalin pakatan dengan mereka dan melabur dalam teknologi kewangan merupakan pendekatan lebih murah. Langkah memperoleh mereka akan lebih mahal," katanya.
Institusi kewangan, kata King, harus dapat melaksanakan pengalaman perbankan masa sebenar di masa hadapan kerana orang ramai akan mengharapkan perkhidmatan segera.
Semasa ditanya sama ada bank-bank tradisional akan hilang secara beransur-ansur pada masa akan datang, King menolak pendapat itu tersebut tetapi menjangka jumlah cawangan akan berkurangan menjelang akhir dekad akan datang.
"Kita tidak hanya melihat cawangan dikurangkan, tetapi saiznya (kaki persegi) juga merosot," katanya.
Sebagai contoh, ruang bank di Amerika Syarikat telah menyusut sebanyak 15 hingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, katanya.
Sementara itu, di Malaysia pula, beliau menjangkakan saiz setiap cawangan berkurangan sebanyak tiga hingga lima peratus setiap tahun pada akan datang.
"Ini tidak bermakna bank-bank akan menutup perniagaan mereka, kita hanya tidak memerlukan lagi cawangan untuk perkhidmatan perbankan," katanya.
Mengenai pendedahan risiko siber yang dihadapi oleh teknologi kewangan, King berkata, syarikat-syarikat perlu sentiasa melabur dalam kemajuan teknologi secepat mungkin, kerana teknologi matang sentiasa membantu mengurangkan risiko.
"Adakah serangan siber menghentikan orang ramai daripada menggunakan teknologi untuk transaksi kewangan? Tidak. Semakin banyak serangan berlaku, semakin kuat sistem imun teknologi," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2017
Pakar industri perbankan ramalkan syarikat-syarikat teknologi akan atasi bank tradisional untuk menjadi institusi kewangan terbesar dunia.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin
Syasya kini masih berada di Malaysia dan akan mengotakan janji mengikut suaminya untuk ke luar negara.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
Kerajaan akan teliti cadangan RSF baiki indeks kebebasan media - Fahmi
Beliau mengalu-alukan kesediaan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu untuk bekerjasama dengan Malaysia.
Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar@PETRA hari ini.
Status pindah kes bunuh Bella ke Mahkamah Tinggi ditentukan 20 Mei ini
Mahkamah menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki yang didakwa membunuh Bella.
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
Agong tiba di Singapura bagi lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura pada Isnin bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Semua 31,600 jemaah haji Tabung Haji tahun ini akan masuki Raudah
Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini berpeluang memasuki Raudah, salah satu tempat suci yang menjadi rebutan untuk dikunjungi semasa berada di Masjid Nabawi di Madinah. Bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi.
Firma teknologi dijangka atasi bank tradisional - pakar
Pakar industri perbankan ramalkan syarikat-syarikat teknologi akan atasi bank tradisional untuk menjadi institusi kewangan terbesar dunia.