awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitch Ratings sahkan penarafan 'A' ke atas Malaysian Re dengan unjuran stabil

Bernama
Bernama
10/12/2024
21:45 MYT
Fitch Ratings sahkan penarafan 'A' ke atas Malaysian Re dengan unjuran stabil
Fitch Ratings berkata pengesahan penarafan kekuatan kewangan Malaysian Re juga mencerminkan profil syarikat itu yang ‘sederhana’ dan permodalan yang sangat kukuh.
KUALA LUMPUR: Fitch Ratings mengesahkan penarafan kekuatan kewangan penanggung insurans (IFS) Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) pada ‘A’ (kuat) dengan unjuran yang stabil.
Malaysian Re dalam satu kenyataan semalam berkata pengesahan penarafan IFS mencerminkan komitmen syarikat untuk mengekalkan permodalan yang kukuh selain mengekalkan prestasi kewangan dan pendapatannya.
Sementara itu, Fitch Ratings berkata pengesahan itu juga mencerminkan profil syarikat Malaysian Re yang ‘sederhana’ dan permodalan yang sangat kukuh.
"Ia (penarafan) juga mengambil kira cabaran dalam menguruskan potensi turun naik dalam prestasi taja jamin serta pergantungan pendapatan pada penyerahan sukarela tempatan," katanya dalam satu kenyataan berasingan.
Fitch Ratings berkata prestasi taja jamin Malaysian Re meningkat dengan ketara pada tahun kewangan 2024 yang berakhir 31 Mac 2024 dengan hasil perkhidmatan insurans dan takaful sebanyak RM341 juta, dipacu oleh kerugian bencana yang lebih rendah berbanding kerugian tahun kewangan 2023 iaitu sebanyak RM2 juta.
“Ia juga mendapat manfaat daripada amalan taja jamin yang lebih terhad dan keadaan penetapan harga yang menggalakkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Keuntungan bersih meningkat kepada RM388 juta daripada RM57 juta pada tahun kewangan 2023 walaupun pendapatan pelaburan yang lebih tinggi selain dibebani keputusan kewangan insurans dan takaful yang lebih lemah," katanya.
Fitch Ratings berkata keuntungan taja jamin Malaysian Re disokong oleh perniagaan penyerahan sukarela domestik yang menguntungkan.
“Ia kekal memberi tumpuan kepada mengurus potensi turun naik bagi penyerahan bukan sukarela domestik serta perniagaan luar negara dan kami percaya ini akan menjadi kunci untuk mengekalkan kestabilan dalam prestasi taja jamin keseluruhannya,” katanya.
Fitch Ratings berkata penilaian profil Malaysian Re adalah berdasarkan profil perniagaan ‘sederhana’ dan tadbir urus korporat ‘neutral’ berbanding semua penanggung insurans Malaysia yang lain.
Katanya, ia mempunyai francais perniagaan domestik yang kukuh dan substansial, seimbang dengan "skala operasi yang lebih kecil" berbanding rakan setara antarabangsa.
"Malaysian Re memegang kedudukan dominan dalam pasaran insurans semula bukan hayat Malaysia dan juga telah mempelbagaikan ke pasaran luar negara," katanya.
Malaysian Re ialah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penarafan
#Malaysian Re
#kekuatan kewangan
#pasaran insurans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan