KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2.25% tahun ini, bagi membina semula penampan dasar dan mengekalkan kestabilan ringgit, menurut Fitch Solutions Country Risk and Industry Research.
Menurutnya dalam nota kajian itu, BNM mungkin berusaha untuk mengekalkan perbezaan kadar faedah sebenar berbanding Amerika Syarikat (AS), yang kini berkemungkinan akan memulakan kenaikan pada 2022 dan bukannya 2023.
Di samping itu, katanya, tekanan inflasi semakin meningkat sedangkan BNM tidak mempunyai sasaran angka inflasi, yang mana ia masih diberi mandat untuk mengekalkan kestabilan harga.
"Ekonomi Malaysia akan menyaksikan pemulihan pesat tahun ini, dijangka mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar pada 5.5%, memberi ruang kepada bank pusat untuk menormalisasikan dasar monetari.
"Kami akan terus melihat beberapa risiko meningkat jika bank pusat utama di seluruh dunia mengetatkan dasar monetari lebih cepat daripada yang kami jangkakan pada masa ini disebabkan tekanan inflasi asas yang semakin meningkat," katanya seperti dilapor The Edge pada Isnin.
Pada 20 Januari lalu, BNM dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada 1.75% dengan menyifatkan pendirian semasa dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.
BNM berkata, inflasi teras dijangka sederhana dengan risiko pertumbuhan menjadi semakin tinggi dibendung oleh keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi dan dalam pasaran pekerja.
Dalam pada itu, Fitch Solutions telah menyemak semula unjuran inflasi purata bagi 2022 meningkat kepada 3.3% berbanding anggaran 2.5% pada 2021.
"Pemacu utama yang mendorong kepada inflasi ini disebabkan purata harga minyak dan kos input yang lebih tinggi apabila aktiviti ekonomi kembali normal," katanya.
Agensi itu menjangkakan harga minyak mentah Brent akan berlegar pada purata AS$72 setong pada tahun ini, berbanding AS$70.95 setong tahun lalu. -DagangNews.com
Dagang News
Tue Jan 25 2022

BNM dijangka menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas kepada 2.25% tahun ini. -Gambar fail/Bernama

Sukan SEA Hanoi | Peluang skuad memanah compound negara
Khamis nanti bakal menjadi penentu kepada pungutan pingat bagi skuad memanah compaund negara yang layak ke tiga acara utama. Apa peluang untuk negara dalam acara berkenaan..? Bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis yang berada di Hanoi.

COVID-19 | Korea Selatan tawar sokongan penuh buat Pyongyang
Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan memberi sokongan penuh kepada Korea Utara dalam menangani COVID-19, sekiranya Pyongyang memberi respons terhadap tawaran itu. Jelasnya, pintu untuk bantuan kemanusiaan sentiasa terbuka, tidak kira kepentingan politik atau ketenteraan.

COVID-19 | 8 kematian, 392,920 kes baharu di Korea Utara
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengkritik pihak berkuasa atas kelewatan mengagihkan ubat-ubatan, ketika rakyat negara itu dilanda gelombang pertama COVID-19. Pada Isnin, lapan lagi kematian direkodkan, dan 392 ribu dipercayai dijangkiti COVID-19 selepas melaporkan gejala demam.

30 tahun beroperasi, McDonald's tutup operasi di Rusia
Mac lalu, McDonald's mengumumkan penutupan sementara 850 restorannya di negara itu, termasuk di lokasi ikonik, Dataran Pushkin.

Air Pasang | Sebahagian besar pekan Kuala Kedah terjejas
Fenomena air pasang besar luar jangka yang melanda seluruh pekan Kuala Kedah mencetuskan suasana panik penduduk sekitar. Kejadian yang berlaku selama hampir dua jam sejak 12 tengahari tadi, menyebabkan air sedalam 0.5 meter memenuhi jalan raya dan memasuki premis.

Hari Guru | Tanggal 16 Mei cukup bermakna buat pendidik
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat, onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

Hari Guru | Bekas guru besar tokoh Guru Kebangsaan 2022
Bekas guru dari Perlis dinobatkan sebagai Tokoh Guru 2022 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51.

Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.

Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun
Yogi dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
![AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967224/thumbnails/23621876161652701216313_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar: 1. Dua beradik lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang 2. LKIM salur RM2.3 juta bagi bantu nelayan di Beluran 3. Laporan khas Hari Guru, kisah pengorbanan guru pedalaman #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus - Pakar
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini.

Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2015/2050 berbanding dolar AS daripada 4.2030/2055 pada penutup hari Rabu.

MITI komited Malaysia capai KDNK 5.8 peratus tahun ini - Azmin
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri komited Malaysia mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus seperti yang diunjurkan Bank Dunia.

Ekonomi Singapura berkembang 7.6 peratus pada 2021
Sektor pembuatan mengukuh 13.2 peratus tahun ke tahun, meningkat daripada pertumbuhan 7.5 peratus yang dicatatkan pada 2020.

Tempoh permohonan URUS dilanjutkan selepas ambil kira kesan banjir ke atas isi rumah, perniagaan - BNM
Keputusan melanjutkan tempoh permohonan URUS sehingga 31 Mac, 2022 dibuat selepas mengambil kira kesan banjir terhadap banyak isi rumah dan perniagaan, kata Gabenor Bank Malaysia.

KDNK suku keempat 2021 Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus - Moody's Analytics
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus tahun ke tahun bagi suku keempat 2021 berbanding penguncupan 4.5 peratus pada suku sebelumnya.

Fitch Solutions jangka BNM naikkan OPR sehingga 50 mata asas
BNM mungkin berusaha mengekalkan perbezaan kadar faedah sebenar berbanding AS yang kini berkemungkinan akan memulakan kenaikan pada 2022 dan bukannya 2023.

Pembangunan rendah karbon, berdaya tahan kurangkan risiko bencana - Mustapa
Kerajaan akan menambah baik mekanisme ecological fiscal transfer (EFT) bagi menyokong usaha kerajaan negeri memelihara kawasan hutan.

KDNK Malaysia diunjur berkembang 5.8 peratus pada 2022
Dalam laporan Pemantau Ekonomi Bank Dunia Malaysia: "Staying Afloat" yang dilancarkan hari ini, ujuran tersebut berdasarkan anggaran pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus pada 2021.

Malaysia di landasan yang betul untuk pulih sepenuhnya - Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial, dan bantuan berterusan kerajaan untuk membantu industri dan perniagaan kembal