KUALA LUMPUR:Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd, syarikat minyak baharu di Malaysia dengan tumpuan penyetempatan, secara rasmi mengumumkan kemasukannya ke dalam industri runcit petrol tempatan.
Pengerusi, Datuk Juhari Abdul Ghani berkata syarikat itu memperoleh lesen operasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 15 Jan, 2020 dan mewujudkan stesen minyak pertama pada 7 Mac, 2020 di Selangor.
"Awal tahun ini, Five merancang pembangunannya setelah memperoleh lesen tersebut ketika pandemik COVID-19 mula menular. Five memperlahankan rancangan pengembangan itu bagi mematuhi peraturan tempatan.
"Bagaimanapun, kami tidak pernah berhenti daripada mencatatkan kemajuan untuk memastikan kami menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna," katanya dalam kenyataan pada Jumaat, sempena pelancaran jenama secara dalam talian yang dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Juhari berkata visi syarikat adalah mengembangkan Five sebagai jenama tempatan paling kompetitif dan memiliki masa depan yang cerah di Malaysia.
Selain itu mengenal pasti lokasi paling sesuai di negara ini bagi tujuan pewujudan stesen minyak sehenti moden, berteknologi tinggi dan memberi pengalaman terbaik kepada rakyat Malaysia semasa mereka membuat isian semula bahan api mereka juga menjadi visi Five, katanya.
"Berikutan faktor seperti kepadatan penduduk, lokasi, kegiatan ekonomi dan sumber, jenama runcit petrol jarang mempertimbangkan kawasan luar bandar sebagai lokasi untuk stesen minyak mereka. Atas sebab ini, mereka yang tinggal di kawasan terpencil sering kekurangan bekalan petrol.
"Five diasaskan untuk mengatasi masalah ini. Kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak stesen minyak di lebih banyak kawasan. Jadi, penduduk di luar bandar dapat menikmati teknologi dan kemudahan yang ditawarkan oleh Five," katanya.
Pengarah Urusan Five, Datuk Seri Dr King Lim Chin Fui berkata sebagai penyokong pendigitalan di Malaysia, Five juga akan melengkapkan setiap stesen minyak dengan kecerdasan buatan (AI) dan kemudahan digital, seperti pengecaman plat kenderaan.
"Kami tidak hanya mendigitalkan proses urus niaga runcit petrol, malah kami juga mendigitalkan seluruh perniagaan daripada sistem POS (terminal jualan) awan, platform kesetiaan mudah alih dan juga membolehkan teknologi pembayaran digital yang menggunakan AI (pengecaman wajah dan plat lesen), untuk menawarkan pembayaran tanpa tunai kepada seluruh Malaysia," katanya.
Beliau berkata Five telah menetapkan hala tuju baharu untuk usahawan yang berminat, mengorak laluan yang lebih mudah dengan melonggarkan syarat bagi mengoperasikan stesen minyak.
"Five akan menawarkan peluang yang lebih cepat dan mudah bagi usahawan yang berminat. Lebih ramai akan dapat menyertai industri runcit petrol ini jika syarat berkenaan direndahkan, yang akhirnya memberi manfaat kepada pengguna," katanya.
Sementara itu, Nanta mengucapkan tahniah kepada Five atas pelancarannya dan berkata syarikat minyak itu adalah jenama tempatan sepenuhnya.
"Tujuan Five adalah seiring dengan saranan kerajaan supaya membeli produk tempatan. Ini akan mengehadkan aliran keluar ringgit dari Malaysia, dan merangsangkan permintaan domestik," katanya.
Syarikat itu merancang untuk mewujudkan 200 stesen minyak Five di negara ini dalam tempoh tiga tahun, membawa kemakmuran bersama kepada seluruh rakyat di semua lokasi.
Matlamatnya adalah bergerak maju ke arah Revolusi Industri 4.0 bersama-sama sebagai sebuah negara, dan membawa prospek baharu untuk industri runcit petrol tempatan.
- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020
Five berharap dapat mewujudkan lebih banyak stesen minyak supaya penduduk di luar bandar dapat menikmati teknologi dan kemudahan yang ditawarkan. - Facebook / FivePetroleumMalaysia
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Five Petroleum secara rasmi umum sertai industri runcit petrol Malaysia
Syarikat itu memperoleh lesen operasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 15 Jan, 2020 dan mewujudkan stesen minyak pertama pada 7 Mac, 2020 di Selangor.