KUALA LUMPUR :Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan memperluaskan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 untuk pemberian bantuan bagi sektor perdagangan dan logistik.
Ia merangkumi pembuatan seperti perdagangan atau pengedaran dan logistik berikutan kemerosotan yang berlaku dalam aktiviti pembuatan.
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata aktiviti pembuatan yang berkurangan itu disebabkan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
"Akta ini terhad kepada sembilan kategori. Ini sangat spesifik dalam memberikan bantuan sementara untuk kewajiban dalam kontrak pada sepanjang tempoh pandemik ini. Kami mencadangkan agar merangka Akta Pengurusan Bencana digubal, ia akan melibatkan bencana lain seperti banjir dan penularan wabak lain yang mungkin akan berlaku pada masa depan dan bukan hanya kepada pandemik COVID-19 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengenai Program Subsidi Upah 3.0 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), FMM berharap program yang dilanjutkan itu akan berlangsung bagi tempoh tiga bulan kerana operasi perniagaan akan terus terjejas walaupun operasinya disambung semula selepas PKP berakhir.
"Selain itu, kami berharap kerajaan dapat memberi kelonggaran terhadap syarat bagi Program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi mereka yang kehilangan pekerjaan," kata Soh.
Sementara itu, FMM juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menerima cadangannya bagi meneruskan pemberian bantuan terutama bagi industri yang tidak dibenarkan beroperasi pada tempoh PKP ini, ia pasti memberi kesan kepada kesinambungan perniagaan dan kemampanan serta kelangsungan kehidupan rakyat.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata aktiviti pembuatan yang berkurangan itu disebabkan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. - Gambar Fail
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan Bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Kadar bantuan kepada pesawah terjejas adalah RM876 per hektar
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pemberian bantuan kewangan kepada pesawah padi yang terjejas tertakluk pada penilaian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tabung Bencana Tanaman Padi
Indonesia cipta rekod buka puasa terpanjang di tepi pantai
Majlis berbuka puasa yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Arab Saudi dan pihak pemerintah Makassar serta Yayasan I-Salam.
Breaking Societal Norms & Harnessing Influence
In this first edition of the Merdeka Award Talk Series for 2024, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, 2015 Merdeka Award Laureate and Puan Siti Hurrairah Sulaiman, Merdeka Award Trust Board of Trustee discuss the power dynamics of women in leadership, from societal pressures to leveraging influence behind closed doors.
Watch the full conversation on Merdeka Award YouTube [https://www.youtube.com/watch?v=0P30SNXAf-8]
#IWD24
#WomenEmpowerment #MATalkSeries #MerdekaAwardTalkSeries #AstroAWANI #MerdekaAward
Watch the full conversation on Merdeka Award YouTube [https://www.youtube.com/watch?v=0P30SNXAf-8]
#IWD24
#WomenEmpowerment #MATalkSeries #MerdekaAwardTalkSeries #AstroAWANI #MerdekaAward
Langkah-langkah mengurangkan kesan musim panas terhadap tanaman padi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata antara langkah jangka pendek yang diambil adalah mengedarkan pam air bergerak kepada pesawah di kawasan terjejas.
Selepas 15 minit bapa tersedar tertinggal anak dalam kereta
Keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.
Selangor sebagai destinasi pelaburan utama Asia Tenggara
Datuk Hasan Azhari Idris, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor mengimbas pencapaian pada 2023 dan berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju bagi tahun 2024.
Kebakaran 9 kilang, 11 jam baru api padam sepenuhnya
Kebakaran membabitkan sembilan kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 100 peratus.
Iklim & Pertanian: Mencari penyelesaian holistik
Pengasas, Center of Excellence for High Value Crops,Yusof Ishak mengulas berkenaan impak perubahan iklim kepada hasil pertanian serta langkah penyelesaian holistik dalam menangani isu ini.
Pindaan RUU AUKU dibentang di Dewan Negara bulan depan - KPT
Ia akan melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
FMM gesa sistem lebih baik mohon dana, geran dan insentif berkaitan IR4.0
Thian Lai berkata ini bagi meningkatkan kecekapan selain memastikan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan memohon insentif kewangan berkaitan IR4.0.
Kerajaan perlu bertindak segera tingkatkan daya saing PKS - FMM
Thian Lai berkata Belanjawan 2023 yang disemak semula perlu memberi tumpuan kepada bidang berkenaan demi ekonomi negara dan dinamisme perniagaan.
FMM gesa kewujudan 'agensi juara tunggal' mengenai TVET
Kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET.
FMM gesa tambah baik dasar perdagangan
FMM berpendapat Malaysia masih boleh menawarkan syarikat baharu kemasukan dan batu loncatan ke dalam pasaran ASEAN.
Keterbukaan pentadbiran kerajaan penting untuk capai pertumbuhan ekonomi - FMM
Lebih keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan adalah penting untuk memastikan kepercayaan dan kerjasama orang ramai ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan secara keseluruhan.