awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus sektor runcit bantu Public Bank jadi bank terbesar Malaysia

Luqman Hariz
Luqman Hariz
27/09/2016
10:29 MYT
Fokus sektor runcit bantu Public Bank jadi bank terbesar Malaysia
Fokus kepada sektor runcit menjadi pemacu utama pertumbuhan Public Bank sehingga menjadi bank terbesar negara. -Gambar fail
Fokus kepada sektor runcit menjadi pemacu utama pertumbuhan Public Bank sehingga menjadi bank terbesar negara.
Menurut Ketua Penyelidikan Inter Pacific Securities Pong Teng Siew, strategi ini berjaya mengekalkan pertumbuhan bank itu di sebalik persekitaran ekonomi yang mencabar sejak beberapa tahun lalu.
Pong mengakui pembayaran di bawah Program Pelaburan Semula Dividen Maybank baru-baru ini menarik turun permodalan bank itu.
Bagaimanapun, katanya, pencapaian Public Bank dalam mengekalkan pertumbuhannya sehingga berjaya mencabar Maybank selaku bank terbesar Malaysia adalah mengagumkan.
Katanya, ini hasil keberkesanan strategi pertumbuhan yang diguna pakai bank itu.
“Public Bank mengelak pinjaman korporat secara konsisten.
“Jarang anda lihat mereka memberikan pinjaman korporat yang besar. Mereka ada memperuntukkan sumber mereka untuk pinjaman korporat, tetapi pastinya tidak sama besar dengan kebanyakan bank lain,” kata Pong.
Katanya, penumpuan kepada sektor runcit bermakna Public Bank memberikan pinjaman yang lebih kecil berbanding pinjaman korporat.
Tambahnya, oleh kerana lebih banyak pinjaman runcit diberikan kepada rakyat, risiko ketidakmampuan membayar pinjaman disebarkan dengan lebih luas.
“Pertumbuhan pinjaman Public Bank kebanyakannya datang dari pinjaman runcit seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan sebagainya, mereka juga fokus kepada penilaian kelayakan kredit individu berbanding bank-bank lain.
“Jadi ini telah menyelamatkan portfolio mereka daripada pinjaman yang tidak berbayar,” katanya.
Pong berkata bergerak ke hadapan, bank itu dijangka akan kekal dengan strategi ini bagi menjamin pertumbuhan konsisten.
Beliau bagaimanapun berkata Public Bank mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk mencabar Tenaga Nasional Berhad selaku syarikat terbesar di Bursa Saham Malaysia berdasarkan permodalan pasaran.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan permodalan pasaran Public Bank meningkat kepada RM76.7 bilion.
Ini melebihi permodalan pasaran Maybank sebanyak RM76.67 bilion, sekali gus memberikannya status bank terbesar di Malaysia.
Topic Berkaitan
#bank terbesar Malaysia
#Maybank
#permodalan pasaran
#Public Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan