[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
BISNES

Francis Yeoh terima ASEAN Lifetime Award, Malaysia disanjung di pentas global

Malekah Aisyah 26/11/2025 | 06:00 MYT
Francis (empat, kiri) ketika menerima anugerah ASEAN Personality of the Year 2025 Lifetime Achievement Award di Asian Business Awards 2025. - Foto YTL Corporation
LONDON: Malaysia sekali lagi mengukir nama di gelanggang antarabangsa apabila Pengerusi Eksekutif YTL Corporation, Tan Sri Francis Yeoh, dinobatkan penerima ASEAN Personality of the Year 2025 – Lifetime Achievement Award di Asian Business Awards 2025.


Ringkasan AI
  • Malaysia sekali lagi mengukir nama di gelanggang antarabangsa apabila Pengerusi Eksekutif YTL Corporation, Tan Sri Francis Yeoh, dinobatkan penerima ASEAN Personality of the Year 2025 Lifetime Achievement Award di Asian Business Awards 2025.
  • Penganugerahan berprestij itu bukan sekadar mengiktiraf perjalanan kepemimpinan beliau, malah mencerminkan pengaruh Malaysia dan ASEAN yang semakin terserlah di peringkat global.
  • Penghormatan itu buat julung kali dalam sejarah 26 tahun disampaikan pada majlis penuh gemilang di Central London yang turut dihadiri Setiausaha Negara bagi Perumahan, Komuniti dan Kerajaan Tempatan United Kingdom, The Rt Hon Steve Reed yang merakamkan penghargaan terhadap sumbangan Francis dalam bidang perniagaan, kemampanan dan hubungan antara UK-Malaysia.


Penganugerahan berprestij itu bukan sekadar mengiktiraf perjalanan kepemimpinan beliau, malah mencerminkan pengaruh Malaysia dan ASEAN yang semakin terserlah di peringkat global.

Penghormatan itu buat julung kali dalam sejarah 26 tahun disampaikan pada majlis penuh gemilang di Central London yang turut dihadiri Setiausaha Negara bagi Perumahan, Komuniti dan Kerajaan Tempatan United Kingdom, The Rt Hon Steve Reed yang merakamkan penghargaan terhadap sumbangan Francis dalam bidang perniagaan, kemampanan dan hubungan antara UK–Malaysia.

Pengumuman anugerah dibuat oleh Lord Tariq Ahmad of Wimbledon, tokoh kanan United Kingdom yang pernah menerajui portfolio Komanwel, PBB serta hubungan antarabangsa. Beliau menekankan bahawa sumbangan Francis “membentuk pengaruh strategik yang dihormati di seluruh dunia".

Pencalonan anugerah pula dibuat oleh Datuk SK Lingam mewakili ASEAN UK Business Forum dan Malaysia Link UK, selaras dengan peranan beliau memperkukuh hubungan ASEAN–UK–Malaysia–India.

Turut hadir ialah kepimpinan Asian Media Group (AMG), Kalpesh Solanki dan Shailesh Solanki yang sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menonjolkan kecemerlangan komuniti perniagaan Asia di United Kingdom.

Kerendahan hati dan kebijaksanaan Francis menyentuh hati para hadirin, terutama ketika sesi Leadership Talk bersama penyampai British terkenal, Nihal Arthanayake.

Dalam sesi itu, beliau berkongsi falsafah hidup yang membentuk perjalanan kepemimpinannya selain turut mengimbau nasihat arwah bapanya yang menjadi tunjang transformasi YTL.

"Kamu tidak akan mampu bekerja lebih kuat daripada saya, tetapi kamu boleh berfikir di luar kotak,” ujarnya.

Majlis tersebut turut diserikan oleh kehadiran The Rt Hon Steve Reed selaku tetamu kehormat dan beliau menyampaikan penghargaan peribadinya kepada Francis atas sumbangan cemerlang dalam bidang perniagaan, kemampanan serta usaha mengukuhkan hubungan UK–Malaysia. - Foto YTL Corporation Berhad


Ketika ditanya bagaimana YTL berjaya mengurus kepelbagaian perniagaan besar, Francis menjelaskan strategi yang sentiasa konsisten.

Falsafah itu mendorong YTL meneroka infrastruktur fizikal, rangkaian digital dan kini infrastruktur berasaskan kepintaran buatan (AI) termasuk pembangunan salah satu pusat data terpantas dunia melalui kerjasama dengan NVIDIA.

Francis juga berkongsi mengenai pembangunan semula tapak bersejarah Filton di North Bristol, lokasi lahirnya pesawat Concorde yang menjadi sebuah komuniti bernilai 6.5 bilion pound.

“Kami membina komuniti, bukan sekadar rumah.

“AI kini bertindak sebagai ejen yang boleh mendidik manusia dan ia merupakan satu perubahan jauh lebih besar berbanding kemunculan internet,” tambahnya.

Kehadiran wakil kedutaan ASEAN yang pelbagai menambahkan warna budaya, menjadikan majlis tersebut bukan hanya sebuah anugerah, tetapi satu perayaan identiti Asia yang bersatu dan dihormati.

Pengiktirafan kepada Francis bukan sekadar penghormatan individu, tetapi simbol kepemimpinan transformasi Malaysia dan kekuatan ASEAN dalam dunia perniagaan moden.





#YTL Corporation #ASEAN Personality of the Year 2025 Lifetime Achievement Award #Asian Business Awards 2025 #United Kingdom #ASEAN