BISNES
Future Energy Leaders edisi kedua, program kemahiran Tenaga Kelestarian
Program Future Energy Leaders (FEL) dihadiri lebih 80 peserta dari Malaysia dan pasaran Antarabangsa dari beberapa negara yang berlangsung pada 12 Jun hingga 15 Jun lalu. - Foto PETRONAS
BANGI: Future Energy Leaders (FEL) anjuran PETRONAS Leadership Centre dan PETRONAS kembali lagi untuk edisi kedua bertempat di PETRONAS Leadership Centre (PLC), Bangi.
Ringkasan AI
- Future Energy Leaders (FEL) anjuran Pusat Kepimpinan PETRONAS dan PETRONAS kembali lagi untuk edisi kedua bertempat di PETRONAS Leadership Centre (PLC), Bangi.
- Program yang diadakan selama tiga hari bermula 12 Jun lalu itu membabitkan 88 peserta dari Malaysia dan pasaran Antarabangsa termasuk Jepun, Filipina, China, Indonesia, dan Thailand.
- Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Leadership Centre, Hezlinn Idris, program ini direka khas untuk generasi masa hadapan berkongsi idea bersama golongan profesional sekaligus menambah baik kemahiran dalam industri peralihan tenaga kelestarian.
Program yang diadakan selama tiga hari bermula 12 Jun lalu itu membabitkan 88 peserta dari Malaysia dan pasaran antarabangsa termasuk Jepun, Filipina, China, Indonesia, dan Thailand.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Leadership Centre, Hezlinn Idris, program ini direka khas untuk generasi masa hadapan berkongsi idea bersama golongan profesional sekaligus menambah baik kemahiran dalam industri peralihan tenaga kelestarian.
“Idea di sebalik program ini bersandarkan pegangan yang teguh bahawa pemimpin generasi baharu mempunyai semangat dan kreativiti yang diperlukan kerana mereka bukan sekadar memerhatikan peralihan berlaku, namun juga ingin membentuknya.
“Untuk menyokong perkara itu, tumpuan kami adalah pada tiga perkara utama iaitu, membantu mereka membina pengetahuan dan kemahiran advokasi yang tepat; kedua, menggalakkan inovasi untuk menyelesaikan cabaran tenaga dunia sebenar dan ketiga, mewujudkan komuniti yang aktif demimembawa perubahan yang dapat memberi impak baik dalam organisasi mereka atau lain-lain.” katanya ketika ditemubual di program Future Energy Leaders (FEL) pada Sabtu lalu.
Sorotan utama program yang berlangsung selama tiga hari ini adalah dialog terbuka dalam kalangan peserta yang hadir bagi meneroka cabaran dunia nyata untuk mencapai peralihan tenaga yang adil di seluruh Asia.
Menerusi program sama, peserta berpeluang menghadiri persidangan “Unconference”, simulasi, pembentangan "Pelan Induk Jet" dan sebagainya bagi mengasah pengetahuan, inovasi dan penyelesaian masalah secara kolaboratif.
“Dan inilah salah satu cara program ini merealisasikannya kerana dapat membantu mengukuhkan peranan kita dalam membentuk agenda tenaga, bukan hanya secara dalaman tetapi juga di kalangan pihak kerajaan, rakan industri, dan komuniti yang lebih luas.
“Pada akhirnya, ini adalah tentang “melabur” pada individu kerana tidak kira betapa besar matlamat seseorang mengenai kelestarian, mengenai inovasi, kitalah yang mendorongnya ke arah kemajuan.
“Dan dengan pemimpin tenaga masa depan, kita sedang membina saluran bakat yang bersedia untuk membawa kita ke hadapan.” tambah Hezzlin.
Sementara itu, beberapa peserta dari Malaysia dan China sempat berkongsi pandangan berhubung penglibatan mereka dalam program ini serta perspektif tentang Tenaga Kelestarian.
“Saya rasa satu kata kunci iaitu tahap kesedaran, semua orang perlu sedar bahawa impak manusia terhadap pelepasan karbon semakin meningkat jadi kita perlu lebih peka dan mengambil kira semua akibatnya." kata Sarvesh Roshan Ravichandran, salah seorang peserta dari Malaysia.
“Saya ingin berterima kasih kepada PETRONAS Leadership Centre kerana menganjurkan Program FEL ini kerana bukan sahaja dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan berjumpa kawan-kawan, tetapi juga membentuk dan mengasah pemikiran kita dalam kelestarian.” jelas Hou Wen Ting, yang merupakan salah seorang peserta dari China.