awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor BNM baharu perlu fokus pada inflasi, dasar monetari - Ramon

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
18/03/2016
08:50 MYT
Gabenor BNM baharu perlu fokus pada inflasi, dasar monetari - Ramon
RAMON: Adalah wajar sekiranya gabenor baru mengkaji dan memahami peranan bank pusat itu terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan. - Foto BERNAMA
Gabenor Bank Negara baharu yang bakal menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz perlu memberi penekanan yang lebih terhadap mengurangkan kadar inflasi dan mengkaji dasar monetari negara.
Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Polisi Awam (CPPS) Tan Sri Dr Ramon Navaratnam, adalah wajar sekiranya gabenor baharu mengkaji dan memahami peranan bank pusat itu terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan.
“Pertama sekali, kaji semula kedudukan keseluruhan dan tidak mengambil apa-apa tindakan. Dia perlu memahami peranan bank pusat dan melihat apa yang telah BNM lakukan.
“Berbincang dengan pegawai-pegawai kanan, sektor swasta terlebih dahulu dan bertanya kepada mereka pendapat mengenai dasar monetari Bank Negara, dasar terhadap perbankan, pandangan mengenai dasar fiskal, kerajaan dan lain-lain,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan sesi meja bulat mengenai memperkukuhkan perniagaan keusahawanan di Malaysia.
Ramon berkata selepas tiga hingga enam bulan berada dalam pejabat, pengubahsuaian kepada dasar boleh dilakukan jika perlu, selepas mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.
“Selepas kajian dibuat dan perundingan bersama pihak awam, swasta dan kerajaan kemudian baru lihat kepada sebarang kemungkinan untuk perubahan dasar jika perlu.
“Saya rasa keutamaannya adalah untuk mengatasi inflasi, bagaimana untuk menstabilkan kadar pertukaran mata wang negara dan memastikan kesinambungan pengukuhan sistem kewangan perbankan,” katanya.
Tambahnya, kerajaan perlu mengumumkan seawal mungkin nama baharu yang bakal menggantikan Zeti.
Ini bagi mengurangkan kesan kepada ketidakstabilan pasaran tempatan akibat kebimbangan para pelabur.
Ditanya mengenai siapakah yang layak menggantikan Zeti, katanya calon tersebut sepatutnya bukan seorang ahli politik.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#CPPS
#Gabenor
#Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
#Tan Sri Ramon Navaratnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan