Gamuda sahkan kemuka bidaan tertinggi untuk tanah di Singapura

Bernama
September 18, 2018 08:58 MYT
Gamuda berkata, tapak Anchorvale Crescent di Singapura diperuntukkan untuk projek pembangunan kondominium eksekutif. - REUTERS/Fail
Gamuda Bhd dan Evia Real Estate (7) Pte Ltd, yang bekerjasama untuk tender bagi sebidang tanah seluas 51,411.9 meter persegi di Anchorvale Crescent di Singapura, muncul sebagai pembida tertinggi pada harga S$318.89 juta (RM963.0 juta).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Gamuda berkata, Housing and Development Board of Singapore (HDB) mengumumkan keputusan tender sementara itu selepas tarikh tutupnya pada 14 Sept.
Syarikat pemaju hartanah Malaysia itu yang menyertai tender berkenaan melalui anak syarikat milik penuhnya, Gamuda (Singapore) Pte Ltd, berkata tapak berkenaan diperuntukkan untuk projek pembangunan kondominium eksekutif.
Gamuda menambah, ia akan membuat pengumuman lanjut mengenai tender berkenaan apabila menerima surat penerimaan daripada HDB kepada petender yang berjaya, iaitu Gamuda Singapore-Evia Joint Venture. -- Bernama
#Anchorvale Crescent #Bursa Malaysia #Evia Real Estate #Gamuda Berhad #Gamuda Singapore #Singapura #tender