PETALING JAYA: Syarikat pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd melaksanakan penjenamaan semula terhadap roti gandum penuh dan roti mil penuh dengan gandum ungu Kanada yang kini dikenali sebagai Gardenia Breakthru, sejajar usaha menyokong gaya hidup sihat.
Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas berkata, inovasi itu bertujuan memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap roti bijirin lebih menyihatkan.
Jelasnya, Gardenia Breakthru mengandungi lapan kebaikan nutrisi dan berkhasiat dengan formula yang telah diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Gardenia Breakthru adalah pilihan tepat bagi rakyat Malaysia sebagai langkah pertama mereka ke arah kehidupan lebih sihat.
"Gardenia Breakthru bukan sahaja memenuhi standard KKM malah ia juga diterima oleh kesemua pengguna yang mengamalkan gaya hidup sihat, terutamanya golongan ibu yang mahu menjaga kesihatan keluarga, atau individu aktif yang mahukan pemakanan sihat,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Gardenia Breakthru pada Isnin.
Sementara itu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selaku duta produk berharap rakyat Malaysia dapat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
“Selaku duta kepada Gardenia Breakthru, saya menyeru dan menyarankan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba roti Gardenia Breakthru terbaharu ini kerana ia lebih padat dengan tenaga dan nutrisi, seterusnya menjalani kehidupan yang lebih sihat.
“Di samping itu, saya sangat berbesar hati apabila dilantik sebagai duta pertama Gardenia Breakthru. Pendirian saya selari dengan misi Gardenia Breakthru kerana saya percaya, saya mampu mengatasi setiap halangan, walau betapa sukar dan mustahil.
“Peluang untuk bekerjasama dengan jenama yang mempunyai falsafah yang serupa dengan pegangan saya amat menakjubkan. Saya harap rakyat Malaysia akan mengamalkan semangat 'breakthrough' bersama kami," katanya.
Gardenia Breakthru diedarkan secara meluas dan boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Mon Oct 03 2022
Dari kiri: Tan Sri Abdul Hamid Bador; Azizulhasni; dan Ena Suhaila Abas pada majlis pengenalan duta roti Gardenia di Brick Studio Sunway Damansara.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.