awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gas Malaysia catat untung, hasil lebih tinggi pada suku pertama

Bernama
Bernama
13/05/2022
00:30 MYT
Gas Malaysia catat untung, hasil lebih tinggi pada suku pertama
Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd melonjak kepada RM91.32 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022, daripada RM55.63 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. -Gambar fail/Gas Malaysia Bhd
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd melonjak kepada RM91.32 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022, daripada RM55.63 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Syarikat itu berkata, pendapatan yang lebih tinggi bagi suku tersebut adalah disebabkan terutamanya oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi, perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah dan sumbangan yang lebih tinggi daripada syarikat usaha samanya.
Hasil bagi suku tersebut juga meningkat kepada RM1.78 bilion daripada RM1.15 bilion, sejajar dengan purata harga jualan gas asli yang lebih tinggi yang mengurangkan jumlah penjualan gas asli yang lebih rendah pada suku semasa.
"Peningkatan seterusnya dalam hasil juga disebabkan tempahan kapasiti yang lebih tinggi oleh penghantar bagi penggunaan sistem pengedaran gas asli pada suku semasa," kata Gas Malaysia dalam maklumannya di Bursa Malaysia.
Gas Malaysia turut mengumumkan dividen akhir sebanyak 6.87 sen sesaham berjumlah lebih RM88 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021, akan dibayar pada 27 Julai, 2022.
Melangkah ke hadapan, kumpulan itu menjangkakan prestasi yang memuaskan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2022, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang dijangkakan.
"Kumpulan akan terus mengambil langkah berhemat untuk mengekalkan kecekapan operasi, kekal berdaya saing dan mencari peluang dalam mengembangkan perniagaannya," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Gas Malaysia
#keuntungan bersih
#perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan