awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB

Bernama
Bernama
22/01/2025
05:34 MYT
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA sangkal andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) hari ini menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya Peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib.
Dalam kenyataan bersama hari ini, konsortium itu menegaskan semakan semula syarat penerimaan GDA itu juga dibenarkan secara sah mengikut Nota 7 Perenggan 6.01 dalam Peraturan SC berkenaan.
"Selain itu, hak GDA untuk meminda syarat penerimaan itu juga jelas dinyatakan dalam Seksyen 2.2(iii) Dokumen Tawaran bertarikh pada 6 Dis, 2024," katanya.
Pada 20 Januari lepas, konsortium itu telah mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan MAHB yang membolehkan penyenaraian pengendali lapangan terbang itu.
Konsortium itu berkata GDA juga menjangkakan dapat mengisytiharkan tawaran itu tanpa syarat dan yakin jumlah penerimaan akan melebihi 90 peratus dan MAHB akan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia susulan penerimaan yang berjumlah 86.5 peratus.
Selain itu, konsortium berkenaan juga telah menyemak semula tarikh tutup tawaran itu kepada 4 Feb 2025 dan mengisytiharkan bahawa harga tawarannya sebanyak RM11.00 adalah muktamad dan tidak akan diteliti semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gateway Development Alliance
#pengambilalihan
#MAHB
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan