BUSINESS
GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion dalam tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
- Pendekatan "GEAR-uP" akan digunakan, dengan enam GLIC melabur RM25 bilion tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha tersebut.
- Belanjawan pembangunan tahun ini adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini merupakan belanjawan pembangunan yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lalu," kata beliau semasa waktu pertanyaan lisan di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai fokus terkini KPI GLC dan GLIC bagi memastikan sumbangan dividen dapat mengukuhkan anggaran pendapatan kerajaan bagi 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami