awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MMA gesa Parlimen beri tumpuan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan
Rakyat Malaysia disaran buat persediaan rapi bercuti ke Hat Yai
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GoPro akan hentikan 15% pekerja

Amanz
Amanz
20/08/2024
04:10 MYT
GoPro akan hentikan 15% pekerja
Dianggarkan, sekitar 139 pekerja akan terkesan atas penjimatan kos. Penstrukturan ini turut dianggarkan akan menelan kos sekitar $5-$7 juta. -Gambar fail/Amanz
GOPRO adalah syarikat kamera aksi yang cukup popular. Kamera mereka digunakan oleh pelbagai golongan pengguna, tidak kira untuk aktiviti lasak atau sekadar kamera untuk bercuti dan juga mencipta video vlog.
Terbaharu, Reuters melaporkan yang 15% pekerja GoPro akan diberhentikan. Perkara ini berlaku kerana mereka ingin melakukan penstrukturan semula syarikat.
Suku pertama tahun 2024, GoPro telah meraih pendapatan $186 juta (~RM813 juta) yang rendah berbanding kutipan sebelumnya.
Dianggarkan, sekitar 139 pekerja akan terkesan atas penjimatan kos. Penstrukturan ini turut dianggarkan akan menelan kos sekitar $5-$7 juta.
Tahun ini GoPro tidak mempunyai banyak inovasi baharu selain menawarkan aplikasi suntingan video Quik untuk desktop.
Penjimatan kos dan penstrukturan semula syarikat turut tidak diketahui akan memberi kesan ataupun tidak kepada pembangunan helmet dengan kamera terbina yang dianggarkan akan tiba pada tahun 2025. -Amanz
Topic Berkaitan
#GoPro
#buang pekerja
#penstrukturan semula syarikat
#penjimatan kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan