GoPro lancar helmet pada 2025, hadir dengan kamera terbina

Amanz
Februari 9, 2024 03:05 MYT
GoPro akan mengeluarkan helmet pintarnya sendiri, dijangka dilengkapi dengan kamera terbina serta sejumlah ciri-ciri pintar yang lain. - Foto Amanz
BEBERAPA minggu lepas, GoPro mengumumkan pengambilalihan syarikat memfokuskan kepada helmet pintar, iaitu Forcite Helmets.
Selari dengannya, kini pihak GoPro berkongsi menyasarkan akan hadir dengan helmet pintar mereka tersendiri pada 2025 kelak.
Info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi.
Helmet berkenaan kelak dijangka hadir dengan kamera terbina, selain sejumlah ciri-ciri pintar yang lain.
Ini juga sekali gus membolehkan GoPro memperluaskan produk mereka meliputi pasaran lain, serta mengembangkan lagi pendapatan syarikat secara keseluruhannya.
Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pada 2025 untuk melihat helmet berjenama GoPro hadir ke pasaran.
#GoPro #helmet #helmet pintar #kamera terbina