KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan E-hailing Grab telah mengeluarkan Laporan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) tahunan pertamanya yang menggariskan kemajuan syarikat itu dalam menyokong pemerkasaan sosioekonomi dan pertumbuhan yang mampan.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, ia turut mengumumkan inisiatif baharu yang diharapkan dapat memperkukuhkan komitmennya dalam mengurangkan pelepasan karbon.
Menurutnya, para pelanggan tidak lama lagi akan dapat mengurangkan jejak karbon apabila bergerak menggunakan Grab menerusi inovasi ciri pengimbangan karbon dalam aplikasi Grab.
Ciri-ciri tersebut akan dilancarkan di Indonesia, Malaysia dan Thailand pada bulan depan, sebelum ia dilancarkan ke rantau yang lainnya.
Menurut Grab, ciri-ciri itu membolehkan pelanggan membeli pengimbangan karbon dengan harga kurang daripada US$0.10 (US$1=RM4.14) bagi setiap perjalanan.
Amaun tersebut akan digunakan untuk membiayai projek pemuliharaan dan penanaman semula hutan oleh pertubuhan bukan kerajaan.
Grab dan Hyundai Motor Group juga akan melancarkan program rintis kenderaan elektrik (EV) baharu agar pemilikan EV lebih mampu milik dan mudah diakses, di samping bersama-sama membangunkan pelan tindakan untuk memacu penggunaan EV di Asia Tenggara.
Dalam satu kaji selidik ke atas pengguna Grab di enam negara Asia Tenggara, 82 peratus responden berkata mereka bimbang tentang isu perubahan iklim dan mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan jejak karbon mereka.
Sementara itu, 44 peratus menyatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana, dan 31 peratus merasakan bahawa terlalu sukar untuk mengambil tindakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab Anthony Tan berkata prestasi syarikatnya berkait rapat dengan kebajikan komuniti dan perlindungan alam sekitar.
"Bagi memastikan perniagaan kami dapat terus berkembang dan berjaya dalam jangka panjang, kami perlu berusaha ke arah membina komuniti yang maju di mana rakan-rakan kami mempunyai peluang pendapatan yang mapan, di samping memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
"Laporan ESG pertama kami mencerminkan komitmen kami ke arah membina perniagaan dengan paras terendah berganda dan pada masa sama memastikan ketelusan dan tanggungjawab terhadap para pemegang kepentingan kami," katanya.
Bagi memacu penggunaan kenderaan elektrik di Asia Tenggara, Grab menyatakan dalam beberapa tahun ini, kerajaan di rantau ini telah mengumumkan dasar untuk meningkatkan penggunaan kenderaan itu sebagai sebahagian daripada matlamat mengurangkan pelepasan karbon mereka, namun masih terdapat banyak lagi cabaran yang perlu diatasi.
Dalam satu kaji selidik yang melibatkan rakan-rakan pemandu Grab di Singapura mendapati bahawa kos kenderaan yang tinggi, kekurangan fasiliti pengecasan dan tempoh menunggu yang lama untuk pengecasan menjadi punca utama yang menghalang rakan-rakan pemandu Grab daripada menggunakan kenderaan elektrik, katanya.
"Peralihan kepada kenderaan elektrik memerlukan satu ekosistem kerjasama, termasuk kerajaan, penyedia infrastruktur pengecasan dan pengeluar kenderaan.
"Grab sedang bekerjasama secara aktif dengan pihak berkenaan bagi bersama-sama membangunkan ekosistem kenderaan elektrik menerusi inisiatif rintis dan langkah perubahan dasar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Grab turut mengumumkan inisiatif baharu yang diharapkan dapat memperkukuhkan komitmennya dalam mengurangkan pelepasan karbon. -REUTERS
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC kenakan terhadap Grab
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.
Penawaran dan permintaan tidak seimbang, kesesakan faktor utama lonjakan tambang e-hailing - Menteri
Selain itu beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum COVID-19 melanda negara.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir $40 bilion
Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk
Usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk.
'Sharing Economy' dan era 'The New Corns'
Antara faktor penyumbang kepada kelahiran syarikat-syarikat berstatus Unicorn adalah saiz pasaran, akses kepada modal dan aktiviti R&D.
Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang
Projek perintis GrabBike ini merupakan sebahagian daripada program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
GrabFood perluas servis GrabExpress, GrabMart
Sebelum ini, perkhidmatan ini hanya terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
Ekonomi gig e-hailing: Masa depannya?
Ekonomi gig adalah perangkap kemahiran. Jika seseorang tidak cuba memecahkan kitaran itu, masa depan akan menjadi kelam tanpa ada laluan kerjaya untuk berkembang.