Greece kemuka cadangan pelan reformasi ekonomi

Hakim Rahman
Julai 10, 2015 03:10 MYT
Pelan reformasi ekonomi berkenaan meliputi cadangan peningkatan cukai dan perubahan pencen. - Gambar Fail
Kerajaan Greece mengemukakan cadangan bagi reformasi ekonominya, dalam usaha melobi pakej penyelamatan baru dari negara pemiutang.
Cadangan dikemuka perdana menteri Alexis Tsipras kemudian akan diteliti pada Sabtu oleh menteri kewangan zon Euro.
Cadangan berkenaan disahkan diterima oleh jurucakap menteri kewangan zon Euro.
Pelan reformasi ekonomi berkenaan meliputi cadangan peningkatan cukai dan perubahan pencen.
Ia kemudian akan dibawa kepada perhatian pemimpin Kesatuan Eropah, EU, pada sidang kemuncak di Brussels yang dijadual Ahad ini.
Cadangan itu juga akan dikemuka di peringkat parlimen Greece untuk kelulusan.
Rakyat Greece pada pungutan suara 5 Julai lalu, menolak pelan penyelamatan yang dicadangan negara pemiutang.
Ia menyaksikan krisis Greece berpanjangan.
Bank Greece yang pada mulanya melaksanakan had pengeluaran tunai, terpaksa ditutup sehingga kini.
#Alexis Tsipras #cadangan #ekonomi #Greece #pakej penyelamatan #reformasi