awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST dapat turunkan harga barang jika peniaga beretika - Ahmad Maslan

Anthea Yap
Anthea Yap
09/01/2016
12:16 MYT
GST dapat turunkan harga barang jika peniaga beretika - Ahmad Maslan
AHMAD MASLAN: Rakyat perlu memainkan peranan supaya melaporkan sebarang proses jual beli mencurigakan bagi membanteras peniaga tidak bertanggungjawab itu. - Gambar fail
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dapat menurunkan harga barang sekiranya semua peniaga beretika.
Bagimanapun jelasnya, rakyat perlu memainkan peranan supaya melaporkan sebarang proses jual beli mencurigakan bagi membanteras peniaga tidak bertanggungjawab itu.
"Saya pernah menyebut GST boleh menurunkan harga barang dengan syarat peniaga hendaklah beretika itu syaratnya. Peniaga hendaklah mengikut apa yang telah digariskan iaitu buang yang dulu 10 peratus (SST) dan baru masuk GST 6 peratus, tapi kalau peniaga tidak buat begitu dan mereka tak beretika maka harga barang tidak boleh diturunkan.
Namun akhirnya apa yang akan berlaku sebagaimana yang berlaku di negara lain yang melaksanakan GST, pengguna akan mengurangkan kadar pembelian barangan yang mereka tidak perlukan, apabila pengguna melakukan perkara demikian maka peniaga akan mengalami kemerosotan jualan", katanya di sini.
Beliau ditemui selepas meninjau persiapan program rantaian kasih anjuran Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) di Masjid Jamek Kampung Baru, ibu negara hari ini.
Selain itu, beliau berharap penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu diperhebatkan bagi mengatasi masalah peniaga terbabit.
Turut hadir termasuk Pengerusi Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) Rushdi Abdul Majid dan Pengarah Urusan Pengkalan Munif Mansor
Program julung kali yang diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) itu memberi bantuan makanan dan minuman kepada 300 gelandangan di sekitar ibu kota.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#cukai barang dan perkhidmatan
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan