awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating

Bernama
Bernama
27/07/2018
09:33 MYT
GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama. - BERNAMA/Fail
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar, berkuat kuasa 1 Jun, akan diterjemahkan kepada perbelanjaan pengguna dan jualan yang lebih kukuh untuk peruncit, terutama semasa tempoh tanpa cukai tiga bulan dan sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikembalikan semula pada 1 Sept, kata RAM Rating Services Bhd.
Ketua Penilaian Pengguna dan Perindustrian, Kevin Lim, berkata agensi penarafan itu menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama sentimen pengguna yang lebih bersemangat dan pelbagai langkah yang dicadangkan oleh kerajaan baharu untuk mengurangkan kos sara hidup.
"Sejajar dengan itu, kami telah menyemak semula prospek negatif terhadap sektor runcit (sejak Oktober 2016) kepada stabil.
"Sentimen pengguna telah meningkat dengan ketara berikutan Pilihanraya Umum ke-14 pada Mei 2018," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, indeks sentimen pengguna Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) - barometer keyakinan pengguna - melonjak kepada 132.9 mata pada suku kedua tahun ini.
Lim juga berkata, perbelanjaan pengguna dan jualan runcit dijangka akan menjadi normal sedikit selepas pelaksanaan semula SST.
"Bagaimanapun, beban cukai keseluruhan ke atas pengguna akan jauh lebih ringan, dengan kutipan cukai kerajaan dianggarkan mencatat RM21 bilion setahun, kurang separuh daripada jumlah yang dikumpul menerusi GST," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#GST
#RAM Rating
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan