Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) merancang untuk membuka antara 25 dan 30 kedai baharu pada tahun depan selaras dengan pelaksanaan pelan pengembangan untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran runcit kesihatan dan kecantikan domestik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Peter J Dove berkata selain pembukaan kedai baharu, syarikat akan turut membaik pulih 70 buah kedai dan menutup 15 kedai sedia ada yang kurang berprestasi.
Pada masa ini, Guardian Malaysia mempunyai 430 buah cawangan di seluruh negara dan meraih 30 peratus daripada bahagian pasaran dalam segmen kesihatan dan kecantikan.
"Di peringkat domestik, pasaran runcit semasa adalah sukar dan permintaan rendah. Kami melaksanakan penyelidikan dan menghasilkan konsep baharu, yang menyelaraskan produk dengan permintaan pengguna, dan kemudian melihat sambutan pelanggan," katanya kepada Bernama selepas melancarkan kedai konsep Guardian di Kuala Lumpur City Centre.
Peruncit dalam subsektor farmasi dan penjagaan diri itu menjangka mencatat pertumbuhan sebanyak 11.4 peratus pada suku ketiga 2016.
Guardian Malaysia turut merancang untuk melaksanakan idea kedai konsep yang sama bagi 10 daripada 40 kedai utamanya di seluruh negara.
"Kami juga akan memperkenalkan dan menceburi e-dagang pada tahun depan untuk mencapai lebih ramai pelanggan," katanya, yang enggan menyatakan jumlah pelaburan untuk membangunkan platform e-dagang yang baharu dan kedai konsep baharu.
Sementara itu, kedai konsep baharu itu menggabungkan ciri-ciri mesra pengguna termasuk sudut "Make Me Up", yang menumpukan kepada memenuhi keperluan pengguna, menekankan trend dan produk kosmetik terkini, selain menawarkan bahagian untuk mencuba produk.
Guardian Malaysia juga telah memperluaskan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa yang baharu, pada masa sama menerajui inisiatif farmasi perdagangan moden yang pertama dengan senarai produk kesihatan herba Cina tradisional. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
Pada masa ini, Guardian Malaysia mempunyai 430 buah cawangan di seluruh negara.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Rancangan televisyen BBC siar dokumen rahsia dedah cara rakyat Islam Xinjiang dalam tahanan dipaksa jalani proses indoktrinasi.