LAHAD DATU: Sabah mampu menjadi pengeluar lembu pedaging terbesar negara dengan perlaksanaan projek Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat, Tungku dekat sini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Beliau berkata, lebih RM12 juta peruntukan diluluskan untuk projek hab itu di kawasan seluas 6,837.46 hektar ladang ternakan serta kawasan meragut.
"Hab ini sekarang menerima 268 lembu, dan sehingga Jun (tahun) depan hab ini dijangka menerima 2,600 lembu baka secara berperingkat.
"Harapan kerajaan tinggi untuk projek ini iaitu membekalkan keperluan daging, dan dapat eksport bekalan ke Brunei, Indonesia dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek hab lembu pedaging berkenaan dekat sini hari ini.
Katanya projek itu yang turut melibatkan penyertaan 871 peneroka Felda Sahabat itu akan meningkatkan pendapatan mereka yang ketika ini purata pendapatan sebulan RM7,000 tiap seorang peneroka.
"Dijangka setiap peneroka terlibat akan menerima tambahan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan selepas ini," katanya sambil menambah hab itu merupakan daripada 6,597 projek bernilai RM132 juta di bawah inisiatif Program Pembangunan Peneroka (PPP).
Sementara itu katanya, bermula Januari tahun depan Felda akan mewujudkan sebuah akaun khusus bagi peneroka terlibat skim tanam semula dengan kadar caruman ketika ini RM120 sebulan bagi 10 ekar.
"Sebelum ini kadar caruman bagi satu ekar RM12 ini masuk dalam akaun umum Felda dan mula tahun depan akan dimasukkan dalam akaun khusus untuk lebih efisen," katanya.
Sementara itu Mustapha berkata kerajaan mengenal pasti 50 lokaliti termasuk empat di Sabah untuk melaksanakan projek rintis membasmi kemiskinan tegar secara holistik.
Katanya bantuan kerajaan negeri diperlukan bagi mengenalpasti lokaliti terbabit yang tujuannya bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar negara pada tahun 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Mustapha menurunkan tandatangan sewaktu merasmikan projek Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat, Tungku, hari ini - Facebook Mustapha Mohamed
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat jadikan Sabah pengeluar terbesar - Mustapha
Lebih RM12 juta peruntukan diluluskan untuk projek hab itu di kawasan seluas 6,837.46 hektar ladang ternakan serta kawasan meragut.