BISNES
Hampir sedekad penganjuran, KULinary MAHB terus tampilkan keunikan Malaysia dalam sajian di KLIA
Objektif sebenar kempen KULinary MAHB adalah untuk mendedahkan kepada pengembara bahawa KLIA bukan sekadar tempat menaiki penerbangan, tetapi mengetengahkan identiti Malaysia. -Gambar fail/Dagang News
SEPANG: Sejak kali pertama penganjurannya pada 2016, kempen KULinary Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) secara konsisten menonjolkan kebanggaan, kreativiti dan kepelbagaian Malaysia dalam sajian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ringkasan AI
Selain itu, ia juga mempunyai objektif untuk mengiktiraf kecemerlangan kulinari dalam kalangan pengendali makanan dan minuman (F&B) dari segi kualiti makanan, perkhidmatan, nilai dan suasana.
Bagi Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Komersial) Hani Ezra Hussin, objektif sebenar inisiatif tersebut adalah untuk mendedahkan kepada pengembara, bahawa KLIA bukan sekadar tempat menaiki penerbangan, tetapi mengetengahkan identiti Malaysia, khususnya makanan dan budaya.
“Malaysia telah mempunyai 68 juta pengembara sejak dari awal tahun ini. Jadi kita sangat beruntung dari segi budaya, makanan Melayu, Cina, India dan macam-macam lagi.
"Jadi ini adalah tanggungjawab kami sebagai pengendali (KLIA) untuk memastikan kita mempunyai pembentangan terbaik tentang makanan.
“Dan pengalaman seorang pelancong, mungkin kalau dia datang (ke Malaysia) kurang dari seminggu, dia tak sempat nak merasai semua (jenis makanan), mungkin kerana dia tinggal di bandar dan sebagainya.
“Jadi di lapangan terbang ini, kita mempunyai segalanya, jadi itulah sebenarnya kunci untuk memastikan kita mempunyai pembentangan terbaik (the best presentation),” katanya kepada Astro AWANI, sempena KULinary Dining Awards 2025, di sini, pada Khamis.
Keistimewaan KULinary tahun ini ialah ‘The KULinary Table’, sebuah meja sajian kolaboratif di mana premis makanan yang memenangi anugerah mempersembahkan hidangan ikonik mereka untuk dinikmati para tetamu.
Menurut penganjur, meja tersebut berfungsi sebagai pusat acara secara literal dan simbolik, menyerlahkan kepelbagaian, kreativiti dan kebanggaan Malaysia yang menjadi teras landskap sajian KLIA.
Manakala pemenang KULinary Dining Awards 2025 dipilih melalui pendekatan penilai misteri, dengan panel juri terdiri daripada pakar kulinari dan editor Tatler Dining, berteraskan empat aspek iaitu suasana; makanan dan minuman; perkhidmatan; serta nilai.
Mengulas lanjut, Hani Ezra berkata, peningkatan jualan F&B telah menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan sejak mereka memulakan eksesais kajian komersial pada 2019.
Beliau berkata, kekuatan kempen KULinary ialah gabungan 60 peratus jenama antarabangsa, 40 peratus citarasa tempatan yang jelas mencerminkan identiti Malaysia.
Melalui penstrukturan semula bahagian komersial, jelasnya lagi, jualan runcit F&B telah menyumbang kepada 62 peratus pertumbuhan jualan danm 53 peratus pertumbuhan hasil pada 2025.
“Jadi bahagian runcit F&B ini sebenarnya adalah sektor runcit lapangan terbang yang terbaharu. Kalau dulu kita ada pelbagai kedai untuk membeli barangan seperti aksesori atau fesyen. Tetapi F&B kini adalah bahagian runcit terbaharu.
“Jadi apabila seseorang mengembara melalui lapangan terbang, kebiasaannya mereka tidak mempunyai perancangan untuk membeli belah dahulu, tetapi makanan dan minuman adalah sesuatu yang sering difikirkan.
“Jami kami mahu memastikan sektor ini juga berada di atas dalam senarai kami, untuk memastikan kami mampu menyampaikan yang terbaik untuk pengembara,” katanya lagi.
Sempena KULinary, MAHB berkata, KLIA menjalankan beberapa promosi utama bermula 26 September bagi menggalakkan pengembara dan pengunjung meneroka sajian F&B yang lazat di lapangan terbang.
Bagi pengembara yang kesuntukan masa, MAHB berkata, inisiatif Hidangan 15 Minit KLIA memastikan mereka dapat menikmati makanan yang lazat tanpa tergesa-gesa.
“Premis yang mengambil bahagian akan menyediakan hidangan terpilih yang dimasak segar dan dihidang dalam masa 15 minit, membolehkan penumpang menikmati sajian yang cepat, mudah dan tetap berkualiti,” menurut kenyataan itu lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai KULinary 2025 dan aktiviti lain di lapangan terbang MAHB, layari www.malaysiaairports.com.my atau Instagram dan Facebook melalui akaun @shopmyairports.
Ringkasan AI
- Kempen KULinary KLIA tonjolkan kepelbagaian dan kreativiti sajian Malaysia sejak 2016, dengan objektif mempromosi identiti negara kepada pengembara
- KULinary Dining Awards 2025 gunakan penilai misteri dan juri profesional untuk pilih pemenang berdasarkan suasana, makanan, perkhidmatan dan nilai
- F&B kini jadi sektor runcit utama KLIA, dengan pertumbuhan jualan dan hasil melebihi 50%, disokong promosi seperti Hidangan 15 Minit dan The KULinary Table