Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan bertemu pihak pengurusan Shell pada Isnin berhubung laporan pengguna dikenakan caj RM4.09 bagi seliter petrol di Pulau Pinang malam tadi.
Beliau berkata pertemuan akan diadakan di kementerian bagi membolehkan Shell mengemukakan surat tunjuk sebab dan membuktikan masalah teknikal yang didakwa punca perkara itu berlaku.
Kementerian juga akan mengadakan siasatan sendiri bagi menentukan ia berpunca daripada masalah teknikal atau sengaja dilakukan.
"Walaupun Shell mengaku ia adalah masalah teknikal dan meminta maaf, saya masih mahu mereka datang dan membuktikan ia adalah masalah teknikal. Kesilapan adalah kesilapan.
"Kita tidak menerima banyak aduan, namun satu aduan sudah cukup bagi kita untuk menyiasat," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas perkara tersebut.
Ditanya bagaimana wang pengguna akan dipulangkan, Hamzah berkata pihak pengurusan Shell berjanji akan memulangkan wangnya.
Posting Facebook telah menyiarkan bahawa seorang pelanggan yang mengisi keretanya dengan RON95 selepas tengah malam di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang dikenakan caj RM4.09 seliter dan bukannya RM2.08, dengan turut memuatkan gambar resit bayaran itu.
Pada Rabu, harga minyak petrol RON97 dan RON95 naik 7 sen sementara diesel 4 sen yang menyaksikan harga RON95 ialah RM2.08 seliter, RON97 pada RM2.36 seliter dan diesel RM1.99 seliter.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
HAMZAH: Walaupun Shell mengaku ia adalah masalah teknikal dan meminta maaf, saya masih mahu mereka datang dan membuktikan ia adalah masalah teknikal. - fotoBERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamzah akan bertemu pihak Shell mengenai caj lebih tinggi bagi petrol
Beliau berkata pertemuan akan diadakan di kementerian bagi membolehkan Shell mengemukakan surat tunjuk sebab dan membuktikan masalah teknikal yang didakwa punca perkara itu berlaku.