BISNES
Hanya tukar operator, MB Johor perjelas status One&Only Desaru Coast

Onn Hafiz (tengah) hadir pada majlis menandatangani perjanjian pengurusan baharu dan sidang media bagi mengumumkan operator baharu di Desaru Coast di sini hari ini. - Foto Bernama
KOTA TINGGI: Pengumuman Mandarin Oriental sebagai operator baharu Desaru Coast sekali gus menamatkan khabar angin yang mengatakan One&Only Desaru Coast bakal menghentikan operasinya.
Ringkasan AI
- Resort tidak ditutup, hanya pertukaran operator: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menegaskan bahawa One&Only Desaru Coast tidak menghentikan operasi, tetapi mengalami pertukaran pengurusan.
- Penjenamaan semula untuk meningkatkan profil pelancongan: Langkah ini bertujuan menambah nilai dan menaikkan profil pelancongan Johor di peringkat antarabangsa.
- Desaru Coast kekal sebagai destinasi eksklusif: Terletak di kawasan seluas 4,000 ekar, Desaru Coast menawarkan resort bertaraf dunia, spa, padang golf, dan warisan budaya.
"Saya ada terima panggilan telefon daripada pihak istana yang bertanya apa yang sedang berlaku, kerana saya baru sahaja dilantik sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap pelancongan untuk kawasan itu.
"Jadi, saya telah bertanya kepada Dr Nash (Pengerusi Destination Resorts and Hotels Datuk Mohamed Nasri Sallehuddin), dan Karina (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Destination Resorts and Hotels). Ia hanya melibatkan pertukaran operator sahaja bukan ditutup," katanya.
Onn Hafiz berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian pengurusan baharu dan sidang media bagi mengumumkan operator baharu di Desaru Coast di sini hari ini.
Terletak atas tanah seluas 4,000 ekar dengan pantai yang masih terpelihara, Desaru Coast dilengkapi resort bertaraf dunia, spa, padang golf, serta memiliki kekayaan warisan budaya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami