KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank (Maybank IB) tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan pengguna disebabkan tekanan berterusan terhadap keuntungan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Katanya, pengguna juga dijangka berbelanja dengan lebih berhati-hati pada tahun ini.
"Pengilang makanan dan minuman seperti Nestle Malaysia Bhd telah melaksanakan kenaikan harga sekurang-kurangnya 5% ke atas produk mereka sebelum ini.
"Langkah itu dikaitan dengan tekanan kos berterusan daripada bahan mentah seperti koko, kopi dan gandum serta tukaran mata wang asing yang semakin lemah," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, bagaimanapun, peningkatan pendapatan boleh guna dalam kalangan pengguna mungkin berlaku berdasarkan pengumuman terkini mengenai langkah sokongan kewangan negara.
Katanya, pengenalan akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (boleh diakses mulai 11 Mei 2024 dan seterusnya) membolehkan 10% daripada caruman bulanan dikeluarkan pada bila-bila masa.
"Keadaan ini dijangka meningkatkan jumlah perbelanjaan pengguna secara beransur-ansur dan kebanyakannya tertumpu kepada barang keperluan harian dalam kategori perumahan, utiliti serta makanan dan minuman.
"Kami percaya bahawa impak positif yang lebih besar kepada pendapatan boleh guna akan timbul daripada cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam melebihi 13% berkuat kuasa Disember 2024," katanya.
Maybank IB berkata, secara keseluruhannya sektor itu akan mengalami aliran jualan yang lebih tinggi hasil daripada penambahbaikan kepada pendapatan boleh guna dalam kalangan pengguna.
Katanya, pilihan utama dalam sektor itu ialah Aeon Co (M) Bhd didorong pendapatan berdaya tahan daripada perkhidmatan pengurusan hartanahnya, dengan potensi peningkatan dalam pertumbuhan jualan runcit apabila sentimen pengguna bertambah baik.
Firma penyelidikan itu mengekalkan pandangan positif terhadap sektor itu. - Dagang News
Dagang News
Thu May 09 2024
Pengguna dijangka berbelanja dengan lebih berhati-hati pada tahun ini. - Gambar hiasan
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
Penjawat awam bimbang kenaikan gaji diikuti kenaikan harga barang
Kebanyakannya beranggapan, akan berlaku kenaikan harga barangan lagi pada Disember kelak.
KPDN pantau aktiviti pencatutan elak kenaikan harga barang susulan pelarasan gaji
KPDN akan memantau aktiviti pencatutan dengan segera bagi mengelakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan pengumuman pelarasan gaji melalui pengenalan SSPA.
Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan
Kamala Harris akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang.
Usaha berterusan mengawal inflasi pasca penguatkuasaan subsidi - Fuziah
Kerajaan giat laksana pemantauan dan penguatkuasaan harga barangan bagi memastikan subsidi yang disasarkan dapat membantu mengawal inflasi.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara
Pengumuman kerajaan pada Mei lepas yang bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel mencipta pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di laman media sosial.
Penurunan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dijangka dapat turunkan harga barangan
Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pantau harga diesel supaya harga barang tidak naik - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, maklumat struktur kos perniagaan tidak diketahui umum, justeru ia memerlukan pemantauan berkala pihak berkuasa.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.