awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak: Kerajaan perkenal Jaringan Keselamatan Sosial komprehensif

Bernama
Bernama
23/09/2013
07:46 MYT
Harga minyak: Kerajaan perkenal Jaringan Keselamatan Sosial komprehensif
Jaringan Keselamatan Sosial yang lebih komprehensif akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas dengan rasionalisasi subsidi bahan api.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata Unit Perancang Ekonomi akan dipertanggungjawab untuk menerajui kajian bagi mewujudkan sistem jaringan berkenaan yang lebih menyeluruh.
Beliau berkata langkah rasionalisasi subsidi dilakukan sesuai pada masanya dan dilaksanakan pada kadar berpatutan supaya kesan kos hidup rakyat adalah pada tahap minimum.
"Kadar inflasi yang diukur pada Indeks Harga Pengguna pada Januari hingga Ogos tahun ini adalah hanya 1.7 peratus dan ia memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi ini," kata beliau semasa menjawab soalan Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) pada sesi soal jawab pada persidangan Parlimen di sini, hari ini.
Shaharuddin ingin mengetahui bentuk tindakan bagi meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah selepas berlaku kenaikan harga minyak.
Ahmad Maslan berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM24.8 bilion bagi menampung subsidi bahan api tahun ini dan jumlah itu mencakupi 11.5 peratus perbelanjaan mengurus kerajaan.
Selain itu, katanya kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada barangan keperluan asas seperti subsidi beras sebanyak RM528 juta, minyak masak (RM1.5 bilion), kadar elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah (RM150 juta), insentif hasil tangkapan nelayan (RM231 juta) dan insentif pengeluaran padi (RM563 juta).
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Maslan
#harga minyak
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan