awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research

Dagang News
Dagang News
24/04/2024
06:10 MYT
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Jumlah trafik penumpang dijangka kekal konsisten tahun ini dengan unjuran menunjukkan pertumbuhan 2.0% berbanding tahap 2019. - Gambar/ Dagang News
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Menurut MIDF Research, bagi penerbangan domestik, kesan harga bahan api jet yang lebih mahal telah dikurangkan oleh pelaksanaan surcaj bahan api yang berterusan.
"Selain itu, purata harga tiket penerbangan sekarang ini juga lebih tinggi berbanding tempoh sebelum pandemik COVID-19 susulan jumlah pesawat yang berkurangan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Jelas firma penyelidikan itu, pendedahan trafik penumpang Malaysia ke Iran adalah terhad dengan syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines telah mengubah laluan penerbangan untuk mengelakkan ruang udara terjejas, sekali gus mengurangkan gangguan.
"Sementara itu, letusan Gunung Ruang (Sulawesi, Indonesia) mempunyai impak yang agak terkawal, kerana penerbangan dikembalikan semula menyebabkan tiada kehilangan trafik sebenar," ujarnya.
Kata MIDF Research, jumlah trafik penumpang dijangka kekal konsisten tahun ini dengan unjuran menunjukkan pertumbuhan 2.0% berbanding tahap 2019.
Jelas firma penyelidikan itu, ini sejajar dengan ramalan julat tinggi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
"Statistik yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Berhad semalam menujukkan pemulihan penumpang sebanyak 86% berbanding tempoh sebelum pandemik COVID-19.
"Walau bagaimanapun, risiko penurunan yang ketara termasuk kemungkinan kelewatan dalam pengaktifan semula sepenuhnya pesawat AirAsia dan gangguan dalam penghantaran pesawat Boeing kepada syarikat penerbangan tempatan," jelasnya.
Kata firma itu, penyelesaian menyeluruh mungkin mengambil sedikit masa, terutamanya memandangkan cuti Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan trafik adalah ketara tinggi termasuk penumpang yang pulang dari umrah.
Sementara itu, MIDF Research mengekalkan saranan Neutral kepada sektor penerbangan dengan Capital A (TP: RM0.74) and MAHB (TP: RM8.75). - Dagang News
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Konflik Iran-Israel
#geopolitik asia barat
#Sektor penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan