awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak mentah mungkin turun kepada US$45 setong - Fernandes

Bernama
Bernama
20/08/2015
05:55 MYT
Harga minyak mentah mungkin turun kepada US$45 setong - Fernandes
FERNANDES: Minyak Brent susut US$1.65 kepada US$47.16. Diunjurkan US$45 (setong). Mungkin turun lebih rendah. -Gambar fail
Harga minyak mentah dunia mungkin turun di bawah US$45 setong, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
"Minyak Brent susut US$1.65 kepada US$47.16. Diunjurkan US$45 (setong). Mungkin turun lebih rendah," katanya dalam tweet beliau.
Brent oil down 1.65 . What a great morning. Down to 47.16. Always predicted 45 dollar oil. May go lower now.
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) August 19, 2015
AirAsia mengunjurkan US$160 juta penjimatan kos tahun depan hasil daripada penurunan harga minyak mentah apabila lindung nilai kumpulan itu tamat pada 2015, katanya pada Selasa.
Minyak merupakan komponen utama kos syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Bagi keputusan kewangan AirAsia X yang menyaksikan keuntungan sebelum cukainya yang semakin meningkat, Fernandes dalam tweeternya berkata: "suku akhir yang buruk.
"AirAsia X model hebat. Muatan baik. Hasil meningkat. Kapasiti turun. Sangat bernilai tinggi. Kini murah."
Keuntungan sebelum cukai syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat daripada RM162 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2015 berbanding RM132.3 juta tahun lepas.
Hasil sebanyak RM653 juta, turun tiga peratus daripada RM672 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata pengurangan hasil penerbangan berjadual berpunca daripada faktor muatan yang rendah selepas aktiviti pemasaran dihentikan, penularan wabak sindrom pernafasan Asia Barat (MERS) dan Korea Selatan dan bencana gempa bumi di Kathmandu.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Brent
#minyak
#penerbangan tambah rendah
#penjimatan kos
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan