KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, menurut seorang peniaga.
Pedagang minyak kelapa sawit, David Ng berkata kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian turut memberi tekanan kepada harga MSM.
"Bagaimanapun, kelembapan dalam pengeluaran dilihat akan menyokong harga dalam tempoh terdekat. Kami mencari sokongan pada RM5,300 satu tan dan rintangan pada RM5,700 satu tan," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan bahawa stok MSM Malaysia jatuh 7.7 peratus kepada 786,828 tan pada Januari 2022 berbanding 852,339 tan yang direkodkan semasa Disember 2021 di tengah-tengah pengeluaran yang lebih rendah.
Jumlah inventori minyak sawit susut 3.9 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.55 juta tan daripada 1.61 juta tan, dengan simpanan minyak sawit yang diproses meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada 765,586 tan berbanding 761,717 tan sebelumnya.
Sementara itu, juruukur kargo Intertek Testing Services (ITS) menyatakan eksport produk minyak sawit Malaysia untuk 1 hingga 10 Feb jatuh 5.0 peratus kepada 318,078 tan daripada 334,750 tan yang dihantar pada 1 hingga 10 Januari.
Menurut Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani, prestasi eksport minyak kelapa sawit 1 hingga 10 Feb lepas masih lemah dengan ITS menganggarkan penyusutan lima peratus.
"Perlu diperhatikan untuk melihat bagaimana destinasi akan bertindak balas terhadap harga minyak kelapa sawit yang tinggi termasuk premium berbanding minyak saingan yang lain," katanya.
Pada penutup niaga hadapan MSM bagi Feb kehilangan RM25 kepada RM5,740 satu tan, Mac 2022 susut RM55 kepada RM5,649 satu tan, April 2022 merosot RM59 kepada RM5,535 satu tan, Mei 2022 jatuh RM70 kepada RM5,388 satu tan, Jun 2022 adalah RM81 lebih rendah kepada RM5,234 satu tan dan Julai 2022 berkurangan sebanyak RM81 kepada RM5,078 satu tan.
Jumlah dagangan menurun kepada 74,261 lot daripada 115,730 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 280,440 kontrak berbanding 318,979 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk Februari jatuh RM20 kepada RM5,800 satu tan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, menurut seorang peniaga. - Gambar hiasan
KPJ Kuching laksana lebih 200 pembedahan lutut secara robotik
Pencapaian itu menunjukkan komitmen dalam melaksanakan sistem perubatan berteknologi tinggi dan penjagaan kesihatan mengutamakan pesakit.
Duta Malaysia galakkan industri China manfaatkan Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Norman berkata sidang kemuncak itu akan menawarkan banyak peluang untuk menjalin dan meningkatkan perkongsian perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Pemimpin Parti Komunis China lawat Malaysia untuk kukuhkan hubungan
Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Liu Jianchao melakukan lawatan kerja ke Malaysia dari 28 hingga 29 Mac ini.
Masyarakat antarabangsa perlu terus menekan Israel
Malaysia komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Biden anjur kempen dana bersama Obama, Clinton di New York
Presiden Joe Biden dan Barack Obama, menjadi tajuk utama kutipan dana bintang terkenal bersama Bill Clinton pada Khamis.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr. lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
AS salur peruntukan AS$60 juta bina semula jambatan Baltimore
Gabernor Maryland, Wes Moore dalam sidang akhbar berkata, pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris telah meluluskan peruntukan itu.
NYC akan guna pengimbas senjata di keretapi bawah tanah
Pihak Berkuasa New York City mengumumkan program perintis pada hari Khamis untuk menggunakan pengimbas senjata api mudah alih dalam sistem kereta bawah tanah, sebahagian daripada usaha untuk menghalang keganasan.
Perlu tingkatkan penerangan kepada rakyat tentang keselamatan data
Antara perkara yang dibangkitkan ada kenapa terlalu banyak data-data peribadi yang perlu diisi dan adakah selepas ini jika memohon bantuan lain, masih perlu mengisi data yang sama.
Terus dapat sambutan meningkat di hari akhir
Dua hari menjelang tarikh akhir pada Ahad ini, pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis berbanding 8.79 juta pendaftaran dibuat sehingga Rabu.
Harga minyak sawit mentah terjejas susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, menurut seorang peniaga.