Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
BISNES

Harga petrol, diesel naik 15 sen

Astro Awani 31/10/2016 | 12:15 MYT
Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 pula RM2.30 seliter dan diesel RM1.90 seliter.
Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 and diesel naik 15 sen, mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Minyak (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 November bagi RON95 adalah RM1.95 seliter berbanding RM1.80 sen seliter.

Harga RON97 adalah RM2.30 berbanding RM2.15 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.90 seliter berbanding RM1.75.

Diesel Euro 5 turut mengalami kenaikkan dengan harga barunya RM2.00 berbanding RM1.85.

#diesel #harga minyak #petrol #RON95 #RON97