Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
BISNES

HASiL sasar pematuhan cukai lebih mudah, cekap dan berinovasi melalui e-Invois

Malekah Aisyah 25/10/2025 | 04:40 MYT
Digitalisasi dokumen perniagaan kini lebih mudah dengan MyInvois, platform rasmi HASiL untuk pengurusan e-Invois yang cepat dan selamat. -Foto HASiL
KUALA LUMPUR: Malaysia kini melangkah ke fasa penting dalam transformasi digital ekonomi negara dengan pelaksanaan e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).


Ringkasan AI
  • Malaysia kini melangkah ke fasa penting dalam transformasi digital ekonomi negara dengan pelaksanaan e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
  • Langkah ini bukan sahaja menandakan perubahan cara perniagaan beroperasi, malah memantapkan perekodan dokumentasi dan pelaporan kewangan serta meningkatkan kecekapan dan ketelusan perniagaan.
  • e-Invois menggantikan invois tradisional bercetak kepada kaedah digital yang selamat, memenuhi piawaian dan melalui pengesahan oleh HASiL. e-Invois ini juga membolehkan semua transaksi perniagaan berlaku secara dalam talian dengan lebih pantas dan tanpa risiko kehilangan dokumen atau kesilapan manual.


Langkah ini bukan sahaja menandakan perubahan cara perniagaan beroperasi, malah memantapkan perekodan dokumentasi dan pelaporan kewangan serta meningkatkan kecekapan dan ketelusan perniagaan.

e-Invois menggantikan invois tradisional bercetak kepada kaedah digital yang selamat, memenuhi piawaian dan melalui pengesahan oleh HASiL.

e-Invois ini juga membolehkan semua transaksi perniagaan berlaku secara dalam talian dengan lebih pantas dan tanpa risiko kehilangan dokumen atau kesilapan manual.

Inisiatif ini menyokong agenda pendigitalan negara, di mana perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) digalakkan memanfaatkan teknologi bagi memudahkan urusan harian serta meningkatkan daya saing di pasaran tempatan serta global.

Selain menjimatkan masa dan kos operasi, e-Invois turut membantu mengurangkan kesilapan, memudahkan pematuhan cukai serta memastikan rekod transaksi lebih telus, selamat dan mudah diakses semula apabila diperlukan.

Bagi memastikan peralihan secara lebih progresif dan terkawal, HASiL melaksanakan e-Invois secara berfasa. Pelaksanaan mandatori bermula pada 1 Ogos 2024 bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta, diikuti pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta pada 1 Januari 2025.

Pelaksanaan e-Invois secara berperingkat, pastikan perniagaan anda bersedia dengan MyInvois, portal rasmi e-Invois HASiL. - Foto HASiL


Fasa ketiga pula mulai 1 Julai 2025 bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan antara RM5 juta hingga RM25 juta, diikuti fasa keempat mulai 1 Januari 2026 bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta dan fasa terakhir bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM1 juta akan mula melaksanakan e-Invois mulai 1 Julai 2026.

HASiL turut memberikan pengecualian kepada perniagaan mikro dan kecil dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 yang tidak tertakluk kepada keperluan e-Invois buat masa ini.

Di samping itu, tempoh peralihan selama enam bulan selepas setiap tarikh pelaksanaan juga disediakan bagi memberi ruang kepada perniagaan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois ini.

Secara asasnya, proses e-Invois merangkumi empat (4) langkah utama:
  1. Pengeluaran e-Invois – perniagaan mengeluarkan dokumen e-Invois dan menghantarnya melalui Portal MyInvois atau integrasi Application Programming Interface (API) untuk pengesahan HASiL.
  2. Pengesahan e-Invois – HASiL membuat pengesahan maklumat e-Invois secara automatik, memastikan maklumat memenuhi keperluan dan kriteria yang ditetapkan.
  3. Perkongsian e-Invois – perniagaan membuat perkongsian e-Invois yang telah disahkan kepada pelanggan.
  4. Penyimpanan e-Invois – e-Invois yang telah disahkan disimpan secara selamat, serta boleh diakses semula bila-bila masa oleh perniagaan dan pelanggan.
Bagi memudahkan pelaksanaan, terdapat dua (2) kaedah utama penghantaran e-Invois: Bagi membantu PMKS menyesuaikan diri, HASiL turut memperkenalkan MyInvois e-POS, sistem point-of sales elektronik yang boleh diakses secara percuma oleh perniagaan yang memenuhi kelayakan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan pematuhan terhadap keperluan e-Invois dapat dilaksanakan dengan mudah.

Aplikasi MyInvois memudahkan pengurusan e-Invois anda di mana-mana sahaja, bila-bila masa, muat turun sekarang. - Foto HASiL


Sebagai sokongan tambahan, pelbagai saluran bantuan disediakan oleh HASiL bagi memudahkan pemahaman dan pelaksanaan e-Invois, termasuklah:
Usahawan juga digalakkan untuk mengikuti sesi latihan dan bimbingan yang disediakan secara percuma oleh HASiL bagi meningkatkan pemahaman tentang pelaksanaan e-Invois dan melatih diri dengan penggunaan Portal MyInvois.

Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap perniagaan bersedia sepenuhnya menghadapi perubahan ke arah transformasi digital yang lebih menyeluruh.

e-Invois bukan sekadar satu inisiatif HASiL yang baharu, tetapi sebahagian daripada visi Malaysia untuk membina ekosistem perniagaan secara digital yang mampan, telus dan berdaya saing.

Dengan pelaksanaan e-Invois yang lebih selamat dan mampan, perniagaan dapat menikmati operasi yang lebih efisien, rekod kewangan yang teratur serta pelaporan cukai yang tepat.




#hasil #e-invois #PMKS #e-POS