BISNES
Healez diangkat Naib Juara Kedua Pentas Jual Jiwa SME 2025 Selangor, bukti inovasi 'skincare' tempatan kian menyerlah
Para pemenang Pentas Jual Jiwa SME Selangor 2025 . - Gambar Healez
PETALING JAYA: Jenama penjagaan kulit tempatan berasaskan sains, Healez, melakar pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Naib Juara Kedua Pentas Jual, yang berlangsung sempena Jelajah Jiwa SME 2025 Selangor pada 24 hingga 26 Oktober lalu.
Pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Healez sebagai antara peneraju penyelesaian kulit sensitif dan berjerawat dalam kalangan pengguna Malaysia.
Pengasas Healez, Edward Cheng, berkata kejayaan tersebut membuktikan inovasi tempatan mampu bersaing tinggi selaras dengan keperluan pengguna moden.
“Kami mahu rakyat Malaysia memahami kulit mereka dan memilih penyelesaian yang tidak merosakkan penghalang kulit. Keyakinan diri bermula daripada kulit yang sihat,” katanya.
Edward turut menarik perhatian juri dan penonton secara langsung melalui penyampaian yang memfokuskan data kes sebenar pengguna, termasuk perubahan ketara selepas menggunakan rangkaian produk Healez.
Jenama itu diasaskan bersama Faisal Ismail, yang juga Peneraju Kreatif, dengan misi membangunkan produk yang selamat, efektif dan bersesuaian dengan iklim serta gaya hidup rakyat Malaysia.
Sejak dilancarkan, Healez menerima liputan meluas termasuk Astro AWANI, Bernama, Sinar Harian dan MStar, menjadikan jenama ini semakin diyakini pengguna seluruh negara.
Antara produk utamanya ialah Acne Corrective Hydrating Serum, yang pernah menerima pengiktirafan Beauty Insider Malaysia atas keberkesanan merawat kulit berjerawat dan sensitif.
Selain itu, produk SOS Acne Spot Gel pula menjadi pilihan pengguna bagi aplikasi tepat dan bersih untuk mengurangkan radang jerawat.
Healez kini berkembang pesat melalui platform e-dagang seperti TikTok Shop, Shopee dan laman web rasmi, selain berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat.
Sehingga kini, lebih sejuta unit produk Healez telah terjual dengan testimoni pengguna yang konsisten membuktikan keberkesanannya.
Healez komited meneruskan inovasi penjagaan kulit berasaskan sains dalam usaha memperkukuh jenama Malaysia di pasaran global.
Produk Healez boleh didapati menerusi laman web rasmi healez.com selain platform e-dagang seperti TikTok Shop dan Shopee