Skip to main content

Bisnes

HeiTech Padu dapati tiada perkara tidak didedahkan di sebalik penurunan harga saham

Heitech_Dagang News
HeiTech Padu berkata tiada perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal syarikat serta anak syarikatnya yang belum diumumkan sebelum ini yang boleh menjadi punca kepada aktiviti dagangan luar biasa. - Foto DagangNews
Advertisement

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd menyatakan ia tidak mengetahui sebarang perkara tidak didedahkan yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan luar biasa berikutan penurunan harga sahamnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu memaklumkan ia mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Securities (LR), terutamanya Perenggan 9.03 mengenai kewajipan pendedahan dengan segera.

HeiTech Padu berkata demikian sebagai maklum balas kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bertarikh 28 Ogos, 2026, berikutan penurunan harga saham syarikat itu.

“Tiada perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal syarikat serta anak syarikatnya yang belum diumumkan sebelum ini yang boleh menjadi punca kepada aktiviti dagangan tersebut, termasuk yang berada pada peringkat rundingan atau perbincangan.

“Tiada khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan tersebut, dan syarikat mematuhi Perenggan 9.09 dan 9.10 LR Bursa Securities,” menurut kenyataan itu.

Harga sahamnya susut 17 sen, atau 13.6 peratus, ditutup pada RM1.08 pada Jumaat, dengan 2.16 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement