Syarikat hospitaliti global, Hilton menyasar untuk berkembang di Malaysia dengan memperkenalkan dua jenama baharu, iaitu jenama mewah Conrad Hotels Resorts serta jenama gaya hidup Canopy by Hilton.
Menurut Hilton, jenama hotel baharu itu akan memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
"Hotel Canopy by Hilton pertama akan dibuka di Pusat Bandar Bukit Bintang pada suku keempat 2021, juga menjadi yang pertama bagi jenama itu di Asia Tenggara," kata Hilton dalam kenyataan hari ini.
Melangkah maju, Hilton akan membuka empat hotel DoubleTree by Hilton di negara ini, termasuk di Putrajaya dan Miri – DoubleTree by Hilton Putrajaya dengan 290 bilik dan DoubleTree by Hilton Miri merangkumi 320 bilik.
Selain itu, Hilton akan membuka DoubleTree by Hilton Kota Kinabalu dilengkapi 237 bilik, yang juga merupakan hotel kedua Hilton di Kota Kinabalu.
Hilton kini mengendalikan 11 hotel di Malaysia di bawah tiga jenama iaitu Hilton Hotel Resorts, DoubleTree by Hilton dan Hilton Garden Inn.
Naib Presiden Eksekutif dan Presiden Wilayah Asia Pasifik, Alan Watts berkata destinasi seperti Pulau Pinang dan Malaysia Timur menjadi semakin terkenal dalam kalangan pengembara domestik dan antarabangsa.
"Berdasarkan sasaran kerajaan sebanyak 36 juta pelancong menjelang 2020, dan pada masa sama komited untuk memajukan perjalanan dalam negara, kami melihat wujudnya potensi bagi portfolio jenama kami untuk memenuhi peningkatan permintaan di kebanyakan kawasan di negara ini," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018
Hilton kini mengendalikan 11 hotel di Malaysia di bawah tiga jenama iaitu Hilton Hotel Resorts, DoubleTree by Hilton dan Hilton Garden Inn. - REUTERS/Fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Hilton akan perkenal dua jenama baharu di Malaysia
Hilton menyasar untuk berkembang di Malaysia dengan memperkenalkan dua jenama baharu, iaitu jenama mewah Conrad Hotels Resorts serta jenama gaya hidup Canopy by Hilton.