awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia

Bernama
Bernama
24/03/2023
09:53 MYT
Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Empat aspek Hong Kong iaitu iklim perniagaan, prasarana, taraf pembangunan industri kewangan serta prestij dan prestasi keseluruhan telah meningkat dua tangga berbanding indeks edisi terdahulu. - Fail/Unsplash
BEIJING: Hong Kong (HK) kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia edisi ke-33 yang dikeluarkan Kumpulan Z/Yen Britain dan Institut Pembangunan Komprehensif Shenzhen China, pada Khamis.
Jurucakap kerajaan wilayah pentadbiran khas HK China berkata pihaknya akan terus komited untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat kewangan antarabangsa dan memanfaatkan kelebihan sendiri bagi menyumbang kepada pembangunan negara.
Untuk rekod, empat aspek HK iaitu iklim perniagaan, prasarana, taraf pembangunan industri kewangan serta prestij dan prestasi keseluruhan telah meningkat dua tangga berbanding indeks edisi terdahulu.
Ia sekali gus memperlihatkan kecemerlangan dan kelebihan HK sebagai pusat kewangan yang maju di dunia.
Berbanding prospek kakitangan industri kewangan dari pusat-pusat kewangan penting yang lain di dunia terhadap bandar masing-masing, kakitangan industri kewangan di HK adalah paling berkeyakinan terhadap daya saing wilayah pentadbiran khas itu sebagai pusat kewangan antarabangsa pada masa akan datang.
Menurut jurucakap itu, kerajaan HK akan terus menggunakan kelebihan sistem 'satu negara dua sistem', termasuk tradisi perundangan yang baik, persekitaran perniagaan berorientasikan pasaran dan antarabangsa, prasarana dan kemudahan yang mantap, sistem penyeliaan yang selari dengan piawaian antarabangsa, produk kewangan pelbagai serta pengedaran maklumat dan dana yang bebas bagi meningkatkan peranan HK sebagai pusat pasaran modal dan kewangan antarabangsa.
"HK mempunyai sistem kawalan dan penyeliaan risiko yang stabil dan mantap, ditambah dengan daya penampan dan rintangan tempias pasaran kewangan yang kuat, kami yakin sistem kewangan HK mampu berdaya tahan daripada tempias luaran dan kekal stabil," katanya.
Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia diedarkan pada Mac dan September setiap tahun bermula pada 2007.
Untuk laporan edisi ke-33 kali ini, sebanyak 120 pusat kewangan di seluruh dunia telah dinilai dan HK menduduki tangga keempat dengan memperoleh 722 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Indeks Pusat Kewangan Sedunia
#pusat kewangan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan