awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Leong Bank umum dua pelantikan utama

Bernama
Bernama
21/01/2013
08:03 MYT
Hong Leong Bank umum dua pelantikan utama
Hong Leong Bank
Hong Leong Bank Bhd (HLBB) pada Isnin mengumumkan pelantikan Foong Pik Yee sebagai Ketua Pegawai Kewangannya dan Jean Yap sebagai Ketua Serantau bagi Kad dan Pembiayaan Peribadi, masing-masing berkuat kuasa pada 18 Jan dan 3 Jan.
HLBB dalam satu kenyataan berkata Foong memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bahagian strategi dan taktikal di bank-bank seluruh pasaran Asia, Ocenia dan Timur Tengah, iaitu Malaysia, Hong Kong, Singapura, Australia dan Lebanon.
Sebelum menyertai HLBB, Foong berkhidmat dengan Standard Chartered Bhd di mana jawatan terkininya ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Sal Lebanon.
Sementara itu, Yap membawakan pengalaman luasnya selama 25 tahun dalam perniagaan pemberian pinjaman tidak bercagar di bank-bank serantau dan global, dan merupakan seorang daripada Ketua Perniagaan Kad yang dihormati di Malaysia.
Jawatan terakhir beliau ialah dengan CIMB sebagai Ketua Serantau Kad dan Pembiayaan Peribadi kumpulan dan terlibat dalam membangunkan Pusat Kecemerlangan Serantaunya di Malaysia serta melancarkan perniagaan pemberian pinjaman tidak bercagar di Singapura, yang menjadikan bank itu peserta khusus dalam pasaran hari ini.
"Saya amat gembira mengalu-alukan Pik Yee dan Jean untuk menyertai pasukan kepimpinan Hong Leong Bank," kata Datuk Yvonne Chia, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Bank.
Beliau berkata dengan rekod prestasi baik mereka dan pengalaman dalam bidang masing-masing, penyertaan mereka ke dalam pasukan kepimpinan akan menjadi pendorong untuk memacukan lagi pewujudan nilai francais HLBB serta mempercepat pertumbuhan di rantau ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Yvonne Chia
#HLBB
#Hong Leong Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan