awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Pakar KPJ manfaatkan sistem solar, kurangkan jejak karbon

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
18/11/2023
06:04 MYT
Hospital Pakar KPJ manfaatkan sistem solar, kurangkan jejak karbon
Perjanjian Bekalan Tenaga Diperbaharui (SARE) yang dimerterai pada Jumaat, bertujuan menjana penggunaan tenaga solar di hospital-hospital pakar KPJ.
JOHOR BAHRU: KPJ Healthcare Berhad melakar satu lagi pencapaian baharu hasil kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikatnya, GSPARX dalam usaha mempromosikan tenaga boleh diperbaharui dan pengurangan jejak karbon.
Langkah strategik itu diperkukuhkan menerusi Perjanjian Bekalan Tenaga Diperbaharui (SARE) yang dimerterai pada Jumaat, bagi menjana penggunaan tenaga solar di hospital-hospital pakar KPJ.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, inisiatif pada fasa pertama melibatkan pemasangan panel fotovolta solar di lima cawangan hospital terpilih.
Jelas beliau, usaha murni itu dijangka dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus pelepasan gas rumah hijau, selain mampu menjana 10 peratus tenaga daripada sumber yang lebih bersih.
"Kerjasama strategik tenaga solar kami merupakan satu langkah penting ke arah penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan kesan alam sekitar kami.
"Fasa pertama akan menyaksikan pemasangan sistem panel solar atas bumbung di KPJ Bandar Dato’ Onn, KPJ Johor, KPJ Kluang, KPJ Seremban dan KPJ Rawang.
"Inisiatif proaktif ini sejajar dengan keperluan yang semakin meningkat untuk penyelesaian tenaga mampan alam sekitar dalam sektor penjagaan kesihatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Menandatangani SARE di Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn, di sini, pada Jumaat.
Hospital Pakar KPJ manfaatkan sistem solar, kurangkan jejak karbon
Hospital Pakar KPJ manfaatkan sistem solar, kurangkan jejak karbon
Menurut beliau, pemasangan panel-panel solar itu turut memberikan impak yang setara dengan penanaman sebanyak 15,400 pokok hijau.
Malah, ia turut selari dengan agenda 'Johor Green Deal' yang dihasratkan kerajaan negeri dalam memupuk masa depan yang mampan.
"KPJ selaku salah satu kumpulan penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di negara ini berasa terharu dapat memacu usaha ini, yang turut berselaras dengan misi kelestarian kami pada jangka masa panjang.
"Kami komited untuk menjadi pihak yang menerajui industri penjagaan kesihatan negara, dan berharap dapat berperanan sebagai contoh buat yang lain, khususnya dalam merealisasikan visi negara untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050," katanya.
Tambah Keat Chyuan, pemasangan panel solar bakal diperluaskan ke semua 29 hospital pakar KPJ di seluruh negara, menjelang suku ketiga tahun depan.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan
Topic Berkaitan
#Hospital Pakar KPJ
#TNB
#Sistem solar
#jejak karbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan