awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HRD Corp lantik Syed Alwi sebagai CEO baharu

Bernama
Bernama
21/07/2025
06:20 MYT
HRD Corp lantik Syed Alwi sebagai CEO baharu
HRD Corp melantik Syed Alwi Mohamed Sultan sebagai Ketua Eksekutif baharu, berkuat kuasa pada hari ini.
KUALA LUMPUR: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) melantik Syed Alwi Mohamed Sultan sebagai Ketua Eksekutif baharu, berkuat kuasa pada hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, HRD Corp memaklumkan Syed Alwi, 51, membawakan pengalaman lebih 27 tahun dalam kepimpinan strategik merentas sektor perkhidmatan kewangan, teknologi perbankan dan perundingan pengurusan.
"Beliau telah berjaya memacu pertumbuhan organisasi, memperkukuh institusi kewangan dan memperkenalkan penyelesaian inovatif serta berfokuskan masa depan yang sejajar dengan strategi kewangan jangka panjang bagi memberikan impak yang mampan," menurut kenyataan itu.
Syed Alwi pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan BNP Paribas Malaysia Berhad (Perbankan Islam), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings Sdn. Bhd.
Beliau turut menyandang beberapa jawatan kanan di institusi kewangan terkemuka peringkat global dan serantau termasuk di Standard Chartered Saadiq, The Islamic Bank of Asia (Singapura), HL Bank (Singapura), and MRANTI Corporation.
Syed Alwi berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kewangan dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menerima Anugerah Rektor.
Selain itu, beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Kelas Pertama dalam kewangan Islam dari UIAM dan menamatkan Program Fintech Oxford di Said Business School, University of Oxford.
"Sepanjang perkhidmatannya, Syed Alwi memainkan peranan penting dalam memperkukuh prestasi operasi dan mencipta nilai kepada pihak berkepentingan sekali gus menerima pengiktirafan atas sumbangannya dalam transformasi korporat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HRD Corp
#CEO baharu
#Syed Alwi Mohamed Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan