KUALA LUMPUR: Kepelbagaian perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikan Uzbekistan kini muncul sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Tengah.
Duta Uzbekistan ke Malaysia Ravshan Usmanov dalam satu temu bual dengan Bernama berkata kedudukan yang strategik sebagai koridor ekonomi utama dengan infrastruktur pengangkutan yang maju membantu negara itu meningkatkan perolehan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Secara amnya kerjasama perdagangan dan pelaburan berkembang stabil antara Tashkent dan Kuala Lumpur, katanya. Kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada 1992.
"Uzbekistan dan Malaysia memiliki potensi besar untuk meningkatkan kerjasama dagangan, ekonomi dan pelaburan yang saling menguntungkan. Menurut unjuran Kementerian Pelaburan dan Perdagangan Luar Uzbekistan, pada 2021 perolehan negara akan meningkat hingga 15 peratus. Unjuran ini disediakan berdasarkan kajian data perdagangan luar kedua-dua negara," katanya.
Perolehan perdagangan kedua-dua negara pada 2020 adalah AS$75.76 juta, menurut Jawatankuasa Statistik Uzbekistan.
Pada 2020, jumlah barang yang dieksport dari Uzbekistan ke Malaysia meningkat kepada 60.1 peratus, dianggarkan AS$11.69 juta, berbanding AS$7.3 juta pada 2019. Jumlah barang Malaysia yang diimport ke Uzbekistan adalah AS$64.07 juta.
Import utama Uzbekistan dari Malaysia ialah minyak sawit, produk getah (termasuk sarung tangan getah), produk minyak dan gas dan industri kimia, peralatan dan instrumen pengeluaran lini, produk perabot dan barangan lain.
Katanya, eksport utama Uzbekistan ke Malaysia pula adalah baja kimia, produk pertanian, produk tekstil dan perkhidmatan.
Menurut beliau produk pertanian adalah antara sektor pertumbuhan utama di Uzbekistan, sebuah negara yang juga pengeluar gas asli.
Sumbangan sektor pertanian makanan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020 melebihi 40 peratus. Sektor ini membuka peuang pekerjaan kepada kira-kira 4.2 juta orang, iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah pekerjaan di negara ini. Sektor pekerjaan utama yang lain adalah industri dan perkhidmatan.
Pada 2020, eksport produk pertanian menyumbang kira-kira 10 peratus kepada pendapatan luar Uzbekistan.
Menurutnya, sektor pertanian baru-baru ini mendapat suntikan rangsangan berikutan penerapan Strategi Pembangunan Pertanian di Uzbekistan untuk 2020-2030.
Usmanov berkata, dasar dan pelaburan awam membantu Uzbekistan muncul sebagai pengeluar dan pengeksport produk pertanian makanan bernilai tinggi di Asia Tengah. Pada masa ini, produk pertanian Uzbekistan dieksport ke 76 negara dunia.
Misalnya, eksport buah ceri Uzbekistan yang terkenal berkualiti tinggi dan kini dieksport ke 24 negara dengan pasaran eksport utama di Asia Tenggara adalah Malaysia dan Thailand.
Usmanov berkata peningkatan jumlah kemudahan pengeluaran yang baharu ditubuhkan dan dimodenkan di Uzbekistan menepati piawaian antarabangsa, termasuk bahagian pelabur asing, memberikan peluang baik untuk membekalkan barang berkualiti tinggi dan berdaya saing ke pasaran asing, termasuk produk pertanian makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
Kata Usmanov, eksport utama Uzbekistan ke Malaysia pula adalah baja kimia, produk pertanian, produk tekstil dan perkhidmatan. - Bernama
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Hari bertenang di Uzbekistan sebelum pilihan raya Ahad
Pada Sabtu, semua bentuk kempen - melalui televisyen, radio, media sosial, dan sepanduk fizikal - dilarang sama sekali.
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
Asia Tengah lihat Malaysia sebagai negara Islam contoh - Mohamad Hasan
Dewan Rakyat diberitahu bahawa negara Asia Tengah seperti Republik Kyrgzytan, Kazakhstan dan Uzbekistan memandang Malaysia sebagai model negara Islam yang baik.
Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul
Potensi eksport RM2.4 bilion daripada Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.
Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.