BISNES
Hutang Axiata diyakini susut 24% pada 2QFY25 dipacu penggabungan XL-Smartfren - CGSI
XL Axiata memiliki 59 juta pelanggan atau 16 peratus pasaran di Indonesia, manakala Smartfren mempunyai 36 juta pelanggan atau hanya 10 peratus pasaran. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Axiata Group Berhad diyakini mampu mencatatkan penyusutan paras hutang bersih sebanyak 24 peratus suku ke suku (qoq) pada 2QFY25, menurut CGS International (CGSI).
Firma penyelidikan tersebut berkata, keadaan itu menyaksikan kumpulan berkenaan merekodkan hutang sebanyak RM6.8 bilion sahaja yang antaranya dijana daripada penggabungan XL-Smartfren di Indonesia.
Katanya, langkah itu membolehkan syarikat telekomunikasi tersebut memperoleh aliran masuk sebanyak AS$400 juta (kira-kira RM1.69 bilion) setelah usaha penggabungan diselesaikan pada 16 April 2025.
"Hutang Axiata turut diturunkan lagi pada 2QFY25 susulan peningkatan lima peratus kadar nilai pertukaran mata wang antara ringgit dan dolar Amerika Syarikat (AS)," katanya dalam nota kajian.
XL Axiata memiliki 59 juta pelanggan atau 16 peratus pasaran di negara jiran berkenaan, manakala Smartfren yang dimiliki oleh Sinar Mas mempunyai 36 juta pelanggan atau hanya 10 peratus pasaran.
Axiata sebelum itu menguasai 66.5 peratus kepentingan dalam XL sebelum berlaku penggabungan dengan Smartfren yang menjadikan kedua-dua syarikat tersebut masing-masing memegang sama 34.8 peratus.
Mengulas lanjut, CGSI berkata, urus niaga yang berikutnya didapati telah membawa masuk tunai dan mengurangkan paras hutang bersih syarikat pegangan untuk menyokong keperluan pembayaran hutang.
"Pada pandangan kami, langkah ini menyokong unjuran dividen Axiata kerana ia akan membolehkan aliran tunai daripada baki perniagaan dan mempercepatkan penyahgearan kunci kira-kira," katanya.
Selain itu kata firma tersebut, ia disokong rancangan pengurusan kumpulan menebus bon dolar AS yang perlu dibayar pada 2050 dan kini didagangkan pada harga lebih 30 peratus diskaun kepada nilai muka.
Bagaimanapun ia memberi amaran kemungkinan beberapa risiko yang perlu ditempuhi syarikat berkenaan antaranya kegagalan untuk mengewangkan asetnya yang mengakibatkan diskaun adalah kekal tinggi.
Ia turut menyatakan kemungkinan berlaku kemerosotan secara mendadak dalam keuntungan operasinya di anak syarikat utama disebabkan oleh persaingan harga yang lebih sengit atau kejutan makroekonomi.
Berdasarkan perkembangan semasa itu, CGSI mengulangi saranan 'tambah' ke atas Axiata serta menyemak semula harga sasaran sesaham kepada RM3.40 berbanding RM3.37 sebelum ini. - DagangNews.com