awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
25/11/2024
18:10 MYT
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar dengan hadirin ketika menghadiri Malaysia-Korea Business Farum 2024 dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
SEOUL: Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan tertutup antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wakil Hyundai Motors pada Isnin.
“Selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, Hyundai Motors untuk pertama kalinya akan membuka kilang di Malaysia. Pelaburan ini melibatkan RM2.16 bilion. Mereka akan mula mengeluarkan kereta pada pertengahan tahun 2025.
“Ini merupakan pelaburan yang besar kerana Hyundai Motors akan menggunakan Malaysia sebagai hub untuk eksport. Tujuh model akan dikeluarkan dan akan dibuat dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi-agensi kerajaan dan firma Malaysia-Korea, dan bertemu rakan sejawatnya, Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga (MOTIE), Ahn Duk-geun di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Hyundai Motors
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#kilang pengeluaran kereta
#Kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan