BISNES
IATA harap Belanjawan 2026 kemuka langkah perkukuh industri penerbangan Malaysia
Hee berkata penerbangan merupakan penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia. - Gambar Facebook IATA
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berharap Belanjawan 2026 akan mengemukakan langkah bagi memperkukuh industri penerbangan Malaysia yang menekankan peranannya sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara dan sektor pelancongan.
Naib Presiden Serantau IATA (Asia Pasifik) Sheldon Hee berkata penerbangan merupakan penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia.
Sehubungan itu, katanya dasar yang dipertimbangkan perlu menganalisis dan mengelakkan sebarang kesan negatif ke atas syarikat penerbangan serta penumpang terutamanya cukai, levi atau apa-apa bayaran yang berkaitan dengan langkah keselamatan selain kawalan sempadan.
"Industri ini menyumbang sebanyak US$14.4 bilion (lebih kurang RM68.1 bilion) kepada ekonomi Malaysia setiap tahun dan menyokong lebih 650,000 pekerjaan termasuk 100,000 yang bekerja secara langsung dalam sektor penerbangan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Hee berkata kedudukan kukuh Malaysia sebagai hab perjalanan antarabangsa bergantung kepada dasar yang membolehkan kecekapan dan daya saing.
Beliau turut menekankan kos operasi yang lebih tinggi boleh memberi kesan kepada syarikat penerbangan, penumpang dan akhirnya hubungan Malaysia dengan dunia.
Mengenai kelestarian, beliau berkata penghantaran bahan api penerbangan lestari (SAF) campuran tempatan pertama oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merupakan perkembangan yang dialu-alukan untuk industri ini.
"IATA berhubung dengan kerajaan mengenai rancangan untuk memperkenalkan dasar SAF yang kukuh pada 2027 seiring dengan usaha global bagi mengurangkan karbon dalam penerbangan," katanya.
Beliau menambah IATA mengemukakan enam cadangan dasar untuk pertimbangan dalam Belanjawan 2026.
Cadangan-cadangan itu termasuk memastikan dasar yang stabil, boleh diramalkan dan menyokong tenaga boleh baharu (TBB) serta pengeluaran bahan api selain cukup fleksibel bagi menangani kesan sampingan yang tidak dijangka.
Cadangan lain iaitu memastikan ketelusan harga SAF, memberikan kepastian kepada syarikat penerbangan untuk menuntut manfaat alam sekitar daripada SAF serta mengelak daripada memperkenalkan mandat SAF sebagai langkah bersendirian tanpa insentif untuk membantu merapatkan jurang harga dengan bahan api konvensional.
Selain itu, beliau berkata IATA juga menggesa pengiktirafan metodologi perakaunan dan pelaporan SAF global yang akan membantu memudahkan akses pasaran yang lebih luas selain penyertaan dalam perdagangan SAF antarabangsa.
"Dengan penerbangan di Asia Pasifik dijangka menjadi segmen yang paling pesat berkembang dalam 20 tahun akan datang, menangani cabaran kapasiti akan menjadi kunci," kata Hee.
Beliau menambah Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini jika dasar yang tepat dilaksanakan.
Beliau berkata insentif untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti seperti pendigitalan proses lapangan terbang melalui ONE ID untuk penumpang dan ONE Record untuk kargo oleh IATA akan memberikan manfaat yang besar.
ONE ID digunakan untuk mempermudah perjalanan penumpang dengan proses tanpa dokumen yang berdasarkan pengurusan identiti dan pengecaman biometrik.
Sementara itu, ONE Record merupakan standard perkongsian data yang menyediakan pandangan tunggal terhadap penghantaran melalui model data bersama dan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) laman sesawang yang membolehkan logistik digital secara menyeluruh dari awal hingga akhir.
Selain itu, Hee berkata insentif latihan diperlukan bagi memastikan Malaysia membangunkan tenaga kerja mahir yang diperlukan bagi memenuhi permintaan masa depan dalam industri ini.
Beliau menekankan penerbangan bukan sahaja mewujudkan pekerjaan secara langsung, malah turut menyokong aktiviti ekonomi yang lebih luas seperti pelancongan, perdagangan dan pelaburan.
"Setiap penerbangan yang menghubungkan Malaysia dengan dunia menyumbang kepada peluang ekonomi.
"Justeru, memastikan kelestarian dan daya saing sektor penerbangan akan membawa manfaat ekonomi dan sosial yang lebih luas kepada negara," tambahnya.
Beliau menegaskan IATA tetap bersedia untuk berkongsi pandangan industri dan bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi memastikan dasar-dasar dalam Belanjawan 2026 dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi penerbangan antarabangsa.
Belanjawan 2026 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 10 Oktober.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini