GENEVA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bekerjasama dengan Travalyst untuk menyediakan pengguna pengiraan jejak karbon yang konsisten, tepat dan tersedia secara meluas daripada perjalanan udara mereka.
Kerjasama ini akan menumpukan pada kedua-dua data dan metodologi standard untuk pengiraan pelepasan karbon dioksida (CO2) penumpang berasaskan laluan untuk penerbangan, termasuk kedudukan yang dikongsi tentang bagaimana mengambil kira bahan api penerbangan yang mampan.
Usaha ini akan membawa kepada ketelusan, ketepatan dan ketekalan yang lebih baik untuk bagaimana jejak karbon pengembara dikira apabila semua sektor industri penerbangan dan pengembaraan udara bersama-sama dalam mencapai matlamat Sifar Bersih, kata IATA dalam satu kenyataan.
"Pengguna ingin memahami kesan alam sekitar daripada perjalanan udara mereka. Travalyst dan IATA terus berusaha untuk menambah baik metodologi mereka dengan menggabungkan pengetahuan baru tentang kesan iklim.
"Jadi kami bekerjasama untuk menyediakan pengguna akses mudah kepada pengiraan konsisten kos perjalanan mereka," kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Travalyst Sally Davey berkata: "Dalam menghadapi perubahan iklim yang mendadak, pengembara perlukan maklumat yang jelas dan tidak berbelah bahagi tentang jejak karbon mereka yang menjadi asas untuk membuat keputusan dalam perjalanan mereka."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Kelihatan penerbangan sulung AirAsia AK6289 dari Kota Bahru ke Langkawi yang diberi sambutan 'Water Salute' semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 19 Dis 2020. - Gambar fail BERNAMA

Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

IATA, Travalyst bergandingan mengira pelepasan karbon dioksida dalam industri penerbangan
Kerjasama ini akan menumpukan pada data dan metodologi standard untuk pengiraan pelepasan CO2 penumpang.

Proton lancar inisiatif tenaga solar di kilang Tanjung Malim
Kemudahan tenaga solar Proton meliputi kawasan seluas 23.4 ekar yang menyediakan ruang parkir untuk 2,880 kereta.

Kesatuan Eropah perlu haramkan mentega, bukan minyak sawit - Mah
Pelepasan karbon dioksida (Co2) bagi tujuan penghasilan mentega adalah 10 kali lebih tinggi berbanding minyak sawit.