KUALA LUMPUR: IBM mengumumkan akan menutup Pusat Penyampaian Globalnya di Cyberjaya pada 31 Mei, lapor akhbar kewangan The Edge.
Jurucakap IBM berkata penutupan pusat global yang menyokong prasarana teknologi maklumat (IT) pelanggan di Malaysia tidak memberi kesan terhadap operasi IBM lain di negara ini, termasuk ibu pejabatnya.
“IBM tetap komited dengan Malaysia dan akan terus tumpu kepada membangunkan kapasiti dan kemampuannya untuk membantu pelanggan kami dalam hal ‘cloud’ hibrid dan kecerdasan buatan, dan negara dalam usaha mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Ekonomi Digital,” kata jurucakap itu.
Bagaimanapun, jurucakap itu enggan menjelaskan berkaitan jumlah pekerjaan yang akan terjejas akibat penutupan ini.
Menurut laporan itu, difahamkan beberapa pekerja sudah mulai menghantar permohonan kerja kepada beberapa syarikat IT yang lain kerana penutupan itu berkemungkinan mengakibatkan lebih 1,000 orang hilang pekerjaan.
IBM antara syarikat teknologi pertama yang melabur di Cyberjaya apabila Koridor Raya Multimedia dilancarkan pada pertengahan 1990-an.
Pada 2011, kerajaan mengumumkan syarikat multinasional AS itu akan melabur sebanyak RM1 bilion untuk membangunkan Pusat Penyampaian Global di Cyberjaya, dengan jangkaan ia akan mewujudkan 3,000 pekerjaan mahir.
Menurut laporan dikeluarkan TelcoTitans, IBM bukanlah syarikat multinasional pertama yang keluar dari Cyberjaya.
Syarikat IT Jerman, T-Systems, sebelum ini dilaporkan menjual perniagaannya di Malaysia kepada firma pelaburan swasta Quintephi Sdn Bhd pada November tahun lalu.
Laporan itu mengatakan, peralihan dijangka selesai pada pertengahan 2021. T-Systems mempunyai lebih daripada 800 pekerja di Cyberjaya pada 2019.
Astro Awani
Tue Mar 23 2021
IBM antara syarikat teknologi pertama yang melabur di Cyberjaya apabila Koridor Raya Multimedia dilancarkan pada pertengahan 1990-an. - Gambar fail
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Kini, nampaknya Meta mula mengorak langkah bukan sahaja melalui OS
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
PELAKON Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
IBM bakal tutup pusat operasi di Cyberjaya akhir Mei ini
Penutupan pusat global yang menyokong prasarana teknologi maklumat (IT) pelanggan di Malaysia tidak memberi kesan terhadap operasi IBM
CES 2019: IBM lancar prototaip 'sensor kuku' bantu pesakit kencing manis
IBM Research memperkenalkan prototaip 'sensor kuku' pertama, yang boleh mengubah cara menggunakan data klinikal, dengan menggabungkan pembelajaran kecerdasan buatan (AI) dan mesin.
Hong Leong Bank yakin Watson akan menambah baik perkhidmatan pelanggan kad kredit
Pelanggan kad kredit Hong Leong Bank Berhad (HLBB) bakal menikmati perkhidmatan pelanggan atas talian yang lebih efisen melalui pelaksanaan teknologi Watson.