awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran pusat beli-belah Karachi, 26 mayat dibawa keluar, puluhan masih hilang
Lisa BLACKPINK hiasi poster baharu kempen pelancongan Thailand 2026
SPRM rakam keterangan 9 individu berhubung dakwaan berkaitan IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICDM lantik Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2026
03:35 MYT
ICDM lantik Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah
Jamaludin membawa pengalaman lebih empat dekad dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat, telekomunikasi, pendidikan, pengangkutan, perkhidmatan makanan dan penerbangan. - Foto ICDM
KUALA LUMPUR: Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) hari ini mengumumkan pelantikan tokoh korporat berpengalaman, Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai ahli baharu Lembaga Pengarahnya, sekali gus mengukuhkan usaha organisasi tersebut dalam memperkasa profesionalisme dan tadbir urus lembaga pengarah di negara ini.

Ringkasan AI
  • Tan Sri Jamaludin Ibrahim dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) untuk memperkukuh profesionalisme dan tadbir urus lembaga pengarah di negara ini.
  • Pengalaman Jamaludin selama empat dekad dalam pelbagai sektor seperti teknologi maklumat, telekomunikasi, pendidikan, dan pengangkutan, serta kepimpinan di Maxis Communications Berhad dan Axiata Group Berhad, memperkukuhkan kapasiti ICDM.
  • Melalui penglibatan dalam Majlis Tindakan Ekonomi dan Majlis Ekonomi Digital Malaysia, serta penghargaan GSMA Chairmans Award 2015, Jamaludin dijangka memberi sumbangan yang besar kepada ICDM dalam mengejar prestasi tinggi dan daya saing global.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam kenyataannya, ICDM berkata pelantikan itu akan memperkukuh kapasiti lembaga dalam memacu hala tuju strategik serta menyokong pembangunan ekosistem tadbir urus korporat yang lebih berdaya saing.
Menurut ICDM, Jamaludin membawa pengalaman lebih empat dekad dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat, telekomunikasi, pendidikan, pengangkutan, perkhidmatan makanan dan penerbangan.
Beliau pernah menerajui pelbagai inisiatif transformasi, membangunkan pasukan kepimpinan berprestasi tinggi serta menegakkan standard tadbir urus yang kukuh dalam organisasi yang dipimpinnya.
Antara jawatan penting yang pernah disandangnya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communications Berhad pada era awal pembangunan industri mudah alih negara, sebelum mengetuai Axiata Group Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, di mana beliau mengembangkan operasi syarikat itu ke 11 negara sehingga mencapai status peneraju serantau yang diiktiraf antarabangsa.
Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Pengerusi Air Asia Aviation Group Ltd, serta Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sunway Berhad.
Pada masa ini, Jamaludin merupakan Pengerusi QSR Brands Holdings Bhd, selain menganggotai lembaga SEEK Limited dan NEXTDC di Australia.
ICDM turut memaklumkan bahawa Jamaludin pernah menyumbang kepada dasar nasional melalui penyertaannya dalam Majlis Tindakan Ekonomi serta Majlis Ekonomi Digital Malaysia.
Beliau juga merupakan penerima GSMA Chairman’s Award 2015 atas sumbangan peribadi terhadap pembangunan industri komunikasi mudah alih global.
Pengerusi ICDM, Tan Sri Zarinah Anwar, dalam kenyataannya berkata pihaknya berbesar hati menyambut kehadiran Jamaludin ke dalam lembaga dan yakin kepakaran serta perspektif strategiknya akan memperkukuh keupayaan kolektif lembaga itu.
“Beliau membawa pengalaman luas dalam kepimpinan eksekutif dan lembaga pengarah merentasi pelbagai industri, di peringkat serantau dan global. Fokus beliau terhadap pembangunan bakat akan memperkukuh usaha kami membimbing organisasi ke arah prestasi tinggi serta daya saing global,” katanya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah tokoh korporat berpengalaman yang baru dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM)? A: Tan Sri Jamaludin Ibrahim.
  • Q: Apakah pengalaman utama Tan Sri Jamaludin Ibrahim dalam pelbagai sektor sebelum dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah ICDM? A: Pengalaman lebih empat dekad dalam sektor teknologi maklumat, telekomunikasi, pendidikan, pengangkutan, perkhidmatan makanan, dan penerbangan.
  • Q: Apa yang dikongsikan oleh ICDM berkaitan dengan pelantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim? A: Pelantikan tersebut akan memperkukuh kapasiti lembaga dalam memacu hala tuju strategik serta menyokong pembangunan ekosistem tadbir urus korporat yang lebih berdaya saing.
  • Q: Apakah jawatan penting yang pernah disandang oleh Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebelum ini? A: Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communications Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Berhad, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Pengerusi Air Asia Aviation Group Ltd, serta Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sunway Berhad.
  • Q: Apa yang dikatakan Pengerusi ICDM, Tan Sri Zarinah Anwar, mengenai kehadiran Tan Sri Jamaludin Ibrahim dalam lembaga? A: Beliau yakin kepakaran serta perspektif strategik Tan Sri Jamaludin Ibrahim akan memperkukuh keupayaan kolektif lembaga itu dalam memandu organisasi ke arah prestasi tinggi serta daya saing global.

Topic Berkaitan
#ICDM
#Jamaludin Ibrahim
#korporat
#urus tadbir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan